----

Saturday, December 24, 2011

Remaja dan Negara. Ke manakah hala tuju kita?



eh eh. banyaknya sawang kat sini. dah lama aku tak bukak. tadak masa der. exam la katakan. actually banyak ja yang aku nak tulis. tapi tak tertulis lagi sebab sibuk sangat.

dua hari lepas result PMR keluar. result tahun ni terbaik kot dalam masa 4 tahun kebelakangan ni. tahniah la bebudak pmr noh. tapi dengar kata result Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam merosot. tapi junior sekolah aku cakap result BM Sekolah Menengah Kebangsaan Agama al-Irshad tahun ni semua A ja. em.. mungkin sebab graf rendah kot. eh eh. taktau lah. aku hentam ja. jangan marah naa adik-adik. hehe. tapi memang aku ucap tahniah la kat diorang semua. lulus 100%. bangga aku sebagai senior korang. :DD






jumlah 9A pun meningkat jugak daripada tahun lepas. 73 orang kot. cess. lawan tahun aku ! tahun aku 72 ja. hmm.. boleh la. lebih sorang ja. ahah. pengetua tak payah nak risau dah la. mesti beliau risau tunggu result SPM kami pulak. gila woi. tengah dok countdown hari nak ambik result ja nih. uhhu. doakan aku yep. hehe. ah.

cerita pasal SPM pulak. tadi aku singgah kedai mamak roti canai tu. baca la surat khabar Metro. tajuk muka depan, lebih kurang macam ni la :

' Jadi GRO Selepas Peperiksaan SPM'.


erk. tersedu aku baca tuh. gila kot. mak aku cakap, sapa tak mau, seminggu RM1000 gaji. haha. gila. macam mana negara nak maju kalau semua budak-budak lepasan spm semua kerja macam tu. sabaq ja lah. malu gila kot. bangsa asing masuk Malaysia tengok rakyat dia macam tu. tak ke teruk pandangan diorang kat negara Malaysia tercinta ni.

cakap negara Islam. tapi tak melambangkan seperti apa yang dicakap. Islam hanya sekadar di nama. tapi tak melaksanakan Islam yang sempurna. MasyaAllah. ampunkan dosa-dosa kami ya Allah. kalau undang-undang negara ni memang betul-betul ketat, aku jamin la, takkan berlaku punya masalah-masalah sosial dalam kalangan budak-budak muda ni. tapi, apa yang berlaku sekarang? di mana hala tuju negara Malaysia sebenarnya? dengan pengaruh-pengaruh Barat yang memang tahap taktau nak cakap, memang aku pun speechless lah.

Saiyidina Ali ada berkata : Masa depan sesebuah negara itu dilihat pada remaja yang ada pada masa sekarang. see? kalau elok ramaja sekarang ni, maka akan terjaminlah masa depan negaranya. hmm.. macam mana dengan ramaja di Malaysia sekarang? macam mana pulak masa depan Malaysia? jawab sendiri la bro !!




rakyat Malaysia ni tak sedar bahawa diri kita ni dijajah sebenarnya. bukan dari aspek fizikal, tapi dari segi pemikiran dan budaya. kalau nak cakap bab ni, memang sampai esok pun aku tak habis tulis.

cuba kita fikir balik. zaman dulu dengan zaman sekarang. jenayah ada di mana-mana sekarang ni. kalau dulu ka, si gadis jalan sorang-sorang time malam-malam pun takda sapa nak kacau. kalau sekarang buat gheja macam tu, umphh.. alamatnya, tak jumpak jalan balik rumah laa.. kalau dulu, adab dalam bergaul memang cukup terjaga. nak bersembang lelaki perempuan pun cukup payah. malu punya pasai. sekarang ni, mana hilangnya perasaan malu dalam kalangan remaja? hilang ditelan masa. siapa yang salah?

huh. bagi aku kan, kalau nak kira sapa yang salah, semua orang kita nak salahkan, betul tak? kita tak sedar kesalahan sendiri. kesalahan orang memang senang kita nak cari. tak payah cari pun, memang sah sah nampak. manusia memang macam tu kan?

cuba kita salahkan diri sendiri tengok. muhasabah balik. mesti lagi banyak kita nampak kesalahan kita kalau kita kembali pada Tuhan kan? tapi, berapa orang sangat yang akan buat macam tu? kalau bukan kita, siapa lagi? siapa lagi yang boleh mengubah negara ni kalau bukan kita? ayuh, bangkitlah !

Saturday, June 11, 2011

pandangan terhadap MAT SALEH

*chop ! takda kena mengena dengan orang yg namanya Mat Saleh okay.

ahahh ! lawak lawak ! geli pun ada. dua malam semalam aku ada chat dengan beberapa mamat mamat orang putih nih dekat meebo. *taktau la betoi ka tak diorang tu orang putih, kot kot depa muhong aku ka kan.. ehhe. sebab aku pun bohong depa pasal diri aku. ekeke. diorang yang start chat okay.. bukan aku. ehhe. takpa, kita open minded okay. :P

uhhu. mampos aku speaking dengan diorang. buat buat terror English dah aaa.. asalkan depa faham apa yang aku nak cakap sudah. hehe. *kantoi english terok. :|

first impression aku kat depa ialah : depa suka berkenalan. ahah. tah pa pa. tak tak. diorang memang hormat pandangan orang. diorang jugak terima kalau kita cakap something tu.
aku siap bagi contoh lagi nih. hehe.


contohnya :
.... lepas tanya umur, jantina, negara ....

- mamat ni gitau nama dia Erwin.

(acece.. aku pun tetiba buat ayat sedih)
- What ? Erwin ? That's my ex-bf's name. :(
(hahasaja test. erwin mana hala taktau. aku mengaku ja. haha. bongek ! )

- Is that true ?
- Is my name make you sad ?

- No. I just... ( buat sedih lagi. )

- I am Erwin Housedriver.
( dia gitau nama penuh dia.)

- pastu dia tanya apa nama 'bf' aku tuh.
( hahah. gila. tah pa pa. Erwin mana pulak dah pakwe aku.. -.-)

(pastu aku taktau nak kelentong nama Erwin apa. haha. aku pun buat buat marah la)
- STOP ! Don't talk about him anymore.

- Okay I'll not chat about him.
- What are you doing right now ? I'm alone at home.


----------------------------------------------------------------------
see? haa... diorang hormat dengan perasaan orang. depa terima kalau kita cakap apa apa. ada lagi contoh ni :

----------------------------------------------------------------------

.... lepas tanya umur, jantina, negara .... (dengan mamat lain pulak)

mamat tu cakap :
- Can u give me your pic?

- No, u give me your pic first.

- No, I don't want.

- And I don't want too.

- I ask u first, so u have to give me your pic.

- I don't want.

... 5 minit berlalu ...

mamat tu cakap:
- okay, u decide.

aku pun cakap :
- u give me your pic first.

- pastu dia pun bagi.


--------------------------------------------------------------------

see ? haa.. diorang jugak mudah beralah. haha. diorang hormat apa yang kita cakap. ahha.

( lepas dia bagi pic dia, aku pun kena bagi jugak lah. tapi nak mampos aku bagi gambar aku. tak sanggup i.. ntah mamat mana ntah tetiba aku nak bagi pic aku. tak mungkin. tau dak aku bagi gambar apa? aku bagi gambar park shin hye. haha. gila cun kot muka aku. kahkahkah. sorry la mamat orang putih.. hee. )


















tapi tu lah. aku mengaku, diorang ni mamang tak sama dengan kita. budaya diorang lain. malah ada yang bertentangan dengan agama Islam kan. kita selalu dengar orang barat ni memang teruk lah. perangai diorang. nilai nilai yang diorang amalkan dalam kehidupan pun teruk. tapi tak semua yang buruk ada jugak yang baik. contohnya macam yang tadi tu, depa respect pandangan orang lain. kita ni pulak, jangan lah perasan yang kita ni dah baik dah. kadang kadang perangai diorang tadi tu lagi mulia daripada perangai kita. lagi pula, aku sangat tabik orang putih nih, sebab diorang sangat sayangkan haiwan. (tiba-tiba masuk pasai haiwan pulak.)

aku tengok berita tv7 semalam, ada seekor kucing tu kena panah kat muka dia oleh seorang lelaki. memang kesian lah kat kucing tu. hospital haiwan kat sana buat pembedahan selama 4 jam semata-mata nak selamatkan seekor kucing. dan pemanah tadi tu dikenakan hukuman penjara. hmm. tengok ? kalau negara kita.. aku taktau nak kata apa dah. kucing tu mati camtu ja kot.

so, conclusionnya, kita ambil lah apa yang baik yang boleh kita contohi daripada budaya negara barat nih. aku tak cakap kita kena ambil semua budaya depa. tu parah tu. yang buruk tu kita tak payah la ambil. lagipun negara kita sendiri ni pun, bukannya baik semua. masih ada yang perlu diperbaiki.

lastly, buang yang keruh, ambil yang jernih. :)









Monday, June 6, 2011

Cinta dalam Diam








Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....

Karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??

Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...

Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

Biarkan 'Cinta Dalam Diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...

Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah ." (QS. Adz Dzariyat:49)

" Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. " (QS. An Nuur: 32)

" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. " (QS. Ar-Ruum:21)

Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah... berdo'alah... berpuasalah...

" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya " (Hadist) "

" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " (QS. Al Israa' :32)

Cukup cintai ia dalam diam...
bukan karena membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia... tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan...
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan karena hadirmu mungkin saja akan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga...

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...

Maka cintailah ia dengan keikhlasan...
karena tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati... tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi...?

"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) "

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" (QS.An Nuur:26) "

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
karena tiada yang tahu rencana Tuhan... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...

" Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. " (Umar bin Khattab ra.)

- Artikel iluvislam.com

credit : Mohd Rusdi Ramlee

Wednesday, June 1, 2011

tak suka dengan kpop fans ?




















hah ! panasss panasss.. aku baru selesai membaca blog orang. ahah. pasal ada sesetengah artis malaysia yang tak suka dengan kpop lovers lah. adohai. macam macam. aku ni dah la baru jatuh hati dekat INFINITE dan U-KISS. ish. haish. ish..

ni sah ada orang duk kutuk aku jugak sekarang ni kan ? dengan lirik segala. lagu lagi. biar kat aku la weh. ni blog i. suka hati i lah nak tulis apa pun. DAN , suka hati i jugak lah nak minat artis mana pun. kenapa kacau hidup u ka ? biarlah aku atau kami peminat kpop ni nak minat apa sekali pun. tu hak kami lah.

-- dah kau duduk kat malaysia, minat artis malaysia dah la. yang p sokong artis luar tu buat apa? bukannya ko tinggal kat sana pun.


ek eleh.. ko pehal. biarlah kat aku. cuba kau tengok artis malaysia. macam macam jenis. sakit mata aku tengok.

-- habis tu kau tak sakit mata tengok artis korea nun ?

at least, diorang tu bukan Islam. so, biar kat diorang lah nak buat apa pun. yang artis kat malaysia ni islam, kena jaga aurat. yang diorang tu dah memang tak tahu apa apa dah pasal nih. dah memang sah sah berdosa. so biarlah. tapi yang artis malaysia ni, bukannya tak tahu, kan ? aku tahu lah, aku ni pun bukannya perfect pun kan. tapi biarlah, aku nak pertahankan hak aku. ikut suka hati aku lah nak minat sapa sapa pun. dah. FULLSTOP. malas nak mengulas.


Thursday, May 26, 2011

kanak-kanak itu (bhg 3)

ada sambungan lagi? haha. aku tak ingat bila aku jumpa budak tu. yang pastinya tahun ni aku ada la terjumpa dia. setiap kali aku jumpa ia, mesti dia duduk atas motor tu. erm. dia dah semakin besar. alhamdulillah. ayahnya berjaya membesarkannya dengan baik. kalau lah dia tahu aku selalu nak jumpa dia. haha.

*gaya cerita macam cerita pasal boyfriend jak.

conclusion : aku harap bila dia besar nanti, dia jadi orang yang berguna. dan tetap tersenyum. ^^

link :

CAN YOU SMILE - INFINITE

Song: Can You Smile

Artist: INFINITE

Album: BEFORE THE DAWN

Lyrics: credi
t irena040506.wordpress.com




aju orae jeon neoreul boatdeon
geu neukkimeul gieokhe nan
neoreul alatdeon nareul alatdeon
geu shijeoli saenggakna

.

neoreul dalmgo shipdeon eouligo shipdeon
ganjeolhaesdeon shiganeul
nan dashi saenggakhae
da jinagan hannat chueok bboningeol

.

And, Can you smile?
niga weonhajana
niga barajanha
nae mam maneuroneun
neol jabeul suga obtneungabwa
And, Can you smile?
nega galajanha
nan gwenchanhdajeonha
majimak neoege
nan igeot bakken mot junabwa

.

imi orae jeon naega badatdeon
ni mameumeul gieokhae nan
naegen neomchideon niga gomabdeon
geu shijeoli saenggakna

.

gajang saranghal ddae gajang haengbokhal ddae
ibyeoleul majuhaesseo
naegen cham neomchyeoseo
mianhaeseo jabadul sun eobtneungeol

.

And, Can you smile?
niga weonhajana
niga barajanha
nae mam maneuroneun
neol jabeul suga obtneungabwa
And, Can you smile?
nega galajanha
nan gwenchanhdajeonha
majimak neoege
nan igeot bakken mot junabwa

.

geuredo geuredo gyeolguk geuredo nan..
hajiman amado gyeolguk geuredo nan..
geuredo geuredo gyeolguk geuredo nan..
hajiman gyeolguk geuredo nan.

.

geure binbeonhaejin
ni geu mal dabdabhaesseo byeonhaejin
ne maltuwa hengdongee
halmal obtge mandeundago
hwaman nage dodgundago
ttoadaemyeo gyeokhaejin
bam haneule
byeoli balghyeojwissji
dali bichyeojwissji
hanshi gal gil gatji
byeoldeulgwa bami onda
dareun byeole gareojil bbun
the moon always stay there
I’ll always be here for you want you

.

And, Can you smile?
neol jabgo shipjiman
butjabgo shipjiman
ne gyeote isseoseo
neon uteumeul ilheogajanha
And, Can you smile?
naega garajanha
nan gwenchanhdajanha
ne gyeoteul ddeonaya
neon hengbokhal su isseunikka

.

TRANSLATION

.

i remember that feeling from a long ago
when i looked at you
i remember that time when i knew you,
you knew me

.

i think about those desperate times
when i wanted to be like you, hang out with you
but it’s merely a memory
that’s passed by

.

and, can you smile?
you want this,
you hope for this
i can’t seem to have you
with only my heart
and, can you smile?
i said to go,
i said i’m okay
seems like i can give nothing
but this to you at the end

.

i remember a long time ago
when i received your heart
i think of those times when you were
overflowing to me and i was thankful

we came across a farewell when we loved the most,
when we were the happiest
i couldn’t hold you back because you were
overflowing to me, because i was sorry

.

and, can you smile?
you want this,
you hope for this
i can’t seem to have you
with only my heart
and, can you smile?
i said to go,
i said i’m okay
seems like i can give nothing
but this to you at the end

.

and still, still, in the end, still i…
but probably in the end, i still..
and still, still, in the end, still i…
but in the end, i still.

.

but i was suffocating
from those frequent words of yours
you tell me with rage
that my way of talking and actions
make you lose your words,
that they make your anger rise
on this violent night,
the stars lit up the sky,
the moon shone,
and you went steadily down your path
stars and the night are coming,
they’re only covered by other stars
the moon always stay there
i’ll always be here for you want you

.

and, can you smile?
i want to take,
i want to hold on
because you can only be happy
once you leave my side.
and, can you smile?
i said to go,
i said i’m okay
seems like i can give nothing
but this to you at the end

.

.

DOWNLOAD this song HERE :)

Saturday, May 14, 2011

exam oh EXAM !!


haiyah ! ada satu minggu dan sehari lagi nak kena mengadap buku nih ! gila apa. kesian kat otak aku tiga minggu nih. gheja kena perah ngan aku ja. sabaq naa.. tahun depan kau relax ya. haha.

exam hari tu, errr,,, boleh la.. tapi tak jamin la semua tu straight A+. gila kot. tapi nothing is impossible kan. mana tau budak ni tetiba duduk ranking top ten ka. uhuk ! terbatuk ja aku rasa. amin. ^^




nak cakap apa lagi. aaa... ha ! yang paling teruk aku jawab minggu lepas subjek ARAB lah. gila siot. insya' tu aku merapu ja lebih. mau tak nya. hafal pun tak. huh. sabaq ja la. jangan fail sudah. amin. :)

haha. sudah. nak study pizik pulak. *kononnya la~
doakan aku boleh jawab minggu depan ya ! -.-

Sunday, May 1, 2011

24:7 band Kpop Malaysia ? -.- !



aku tengok kat fb ciksitifar nih, ada band kpop dari Malaysia. mula mula aku tengok tuh, muka aku takda perasaan langsung. cuma dalam hati jak cakap : 'pediaaa'.

pastu aku TERbukak lah satu blog ni. mula mula tu dia nak cakap pasal band 24:7 nih. pastu melalut melalut sampai lah bagitau dia punya pendapat pasal perempuan perempuan kat Malaysia nih ramai yang minat lelaki lelaki korea. hah sudah.. aku dah agak dah, sure mengutuk punya. aku tau dah. dia cakap, yang hampa dok minat korea tu buat apa, BUKANNYA HAMPA PAHAM MAKSUD LAGU DEPA. cehs. sama jak macam abang aku. dia cakap camtu jugak. hadoi.

takpo la kami nak minat pun. lagu depa best apa. oke. mamang tak faham pun. tapi buat buat faham dah lah. ahha. takda ah. rentak depa best apa. depa punya dance best apa. style kot. muka pun ada.

haa ! bercakap pasal muka nih. blogger yang tadi tu ada cakap, perempuan perempuan malaysia ni minat korea ni LEPAS TENGOK DADA MAMAT KOREA YANG TAK BERBULU tuh. cis ! siot ! please oke ! aku tak suka pun ! tengok muka dah ah ! buat apa nak tengok dada ! aku AMAT tak setuju dengan statement dia. jangan kutuk boleh ! tak semua macam tu ya ! ops ! ni bukan kes nak back up mamat korea. ni kes aku TAK SETUJU dengan apa yang dia cakap. toleng sari lah minat sebab dada diorang. naik geli aku dengar. ntoh papo ntoh. SAKITNYA HATIKU ~

hahah. emo sikit. tak sikit. banyak jugak la. MUNGKIN tak dinafikan ada yang minat sebab tu. *tapi bukan aku ya ! hmm.. tapi mungkin 5% ja kot perempuan yang minat artis kpop sebab tuh. aku tak penah dengar lagi la orang minat korea sebab tu. haiyyaa..

walaubagaimanapun, saya tetap menyokong industri muzik di malaysia. aceewwah ! -,-



eh eh. tadi bukan nak cakap pasal band 24:7 tu ka? lupa dah. emo sangat. haha.




tengok tuh. ishh.. mak kata apa taktau. speechless. nak kata aku minat. NO. NEVER. apa pendapat hampa? aiyyaa.. takmau kata apa dah. wait and see ja lah apa depa ni nak buat.

Saturday, April 30, 2011

biar lah dia dengan dunia dia.. kan ?

* gambar hiasan *


aiseh. lama tak menulis. nak kata sibuk tu,, tak la sibuk sangat. haha. ceh, tak sedar diri nak mid year exam dah. hadoi..

tak pa la mak, dah mengadap buku dari pagi tadi lagi.. acewah.

-blah la weh ! orang lain dah baca berganda daripada ng tak kata pa pun. ng baru baca sepatah dua dah nak gebang kat orang !! pirrahh !

-biaq kat aku aaa.. ni blog aku ng kesah apa ? tak puas hati face to face aaa..

-uish.. garang giler minah ni. tah papa. emo pa taktau.


haaa... ni la masyarakat kita. asyik asyik nak komen orang jaa. tak puas hati memanjang. masalah negara betoi la. aku ni bukan apa. tadinya,, aku saja la pi usha usha sikit video inianwarhadi tu. ahha. aku suka ja. betoi weh. tak muhong. tapi kadang kadang tu memang lah. ada ja orang yang komen negative. ada jugak yang positive. oke. itu memang tak salah. terpulang lah pada diri seseorang individu tu kan nak kata apa pun. TAPI, jangan la sampai hina hina orang tak tentu pasal. *opss. ni bukan kes orang hina or kutuk anwar hadi ya. ni dalam kes sapa sapa pun la. aku tak kata anwar hadi ada orang hina ya. aku taktau banyak sangat pasai dia. jangan nak tuduh aku pulak.

kita ni memang la ada hak untuk nak suarakan pendapat kita. nak kata apa apa pun, kata lah. tapi satu ja, jangan lah kutuk kutuk orang tuh. biar lah dia dengan dunia dia sendiri. janji dia tak kacau hidup korang kan.


-eh, ada orang kutuk minah ni paa....

yang tu aku taktau. tapi kalau ada orang kutuk pun, biaq lah.. aku kisah hapa. janji aku selesa dengan hidup aku. dia kutuk orang, hidup dia yang tak aman. betoi dak ? pahala dia jugak yang dapat kat aku. haha. tadak lah. aku bukannya harap pun. ish ish. teruk betoi. erm,, tu ja lah aku nak cakap. eh silap, aku nak tulis..


conclusion => biar lah dia dengan dunia dia. jangan kutuk dia. kita sendiri pun tak perfect, buat apa nak kutuk orang. renung renungkan dan selamat beramal. ^^

Saturday, April 16, 2011

PELIK ! SERIUS !



amenda nih ? ni la perkataan first keluar dari mulut aku bila first time tengok. nak tau ni apa ? aku serius weh ! aku tak main main ! ni benda betoi. KERBAU BERANAK MANUSIA ! gila kot. aku tetiba gatai tangan p buka benda pelik pelik. ops ! jangan fikir bukan bukan na.. -.- nah ! amek kau zamira ! pelik sungguh nih ! benda ni berlaku di Thailand. tapi aku tak tahu lah cerita sebenarnya macam mana dan tak tahu lah kesahihannya. ni pun aku just jumpa kat blog ni. betul atau salah tu lain cerita. yang kita perlu buat adalah percaya akan kekuasaanNya. kan ?

Subhanallah. Maha Suci Allah yang berkuasa melakukan apa sahaja. aku terasa begitu kerdil di hadapan Mu ya Allah. ampunkan aku.. :')

Saturday, March 26, 2011

Bahasa Melayu

ehem ehem. aku tau aku siapa untuk bercakap perkara ni. aku bukan ahli sastera. result bahasa Melayu aku pun bukannya bagus sangat. tapi aku cuma nak bagi pendapat ja. err.. ok.

sedar tak, sekarang ni anak-anak melayu ramai yang gunakan bahasa yang entah apa apa tuh.

contoh : "saia budaxX takxX betoLXx" atau "awak b0oat apew" .
apa salahnya kalau tulis : "saya budak tak betul" atau "awak buat apa".

ah! sakit kepala tengok. aku pun tak la guna bahasa baku setiap masa. tapi at least aku tak la parah sangat.
singkatan pun aku guna. aku rasa tak salah. bahasa rojak? err.. aku tau aku pun guna. hehe. tapi aku tak merosakkan bahasa pun. aku cuma mengaplikasikan apa yang aku belajar. hehe. aku tau bahasa singkatan dan rojak tu pun merosak bahasa. tapi sekurang-kurangnya bahasa tu tak menambah huruf-huruf yang tak sepatutnya ditambah. sorry to say. tapi serius, aku menyampah !

sebabnya,
1) susah nak baca.
2) rosak bahasa.
3) kesian dekat cikgu bm yang penat penat mengajar kita subjek bahasa

masa mula-mula dulu orang guna singkatan untuk mempercepat penyampaian masej. tapi sekarang ni yang ramai orang Melayu guna "bahasa entah apa apa" tu untuk apa? tujuannya apa? nak mempercepat penyampaian masej jugak kah? bukannya style pun. buat susah lagi ada lah.

sudah sudah la guna bahasa bahasa macam tu. kesian Bahasa Melayu. tak ingatkah kita belajar sejarah tingkatan 1 dulu? kan bahasa Melayu jadi lingua-franca? seluruh dunia tau bahasa Melayu. tapi sekarang apa sudah jadi? orang putih pun tak pandang dah bahasa Melayu. tapi bukan semua lah.

maaf kepada sesiapa yang mungkin marah dengan kenyataan aku ni. tapi aku hanya menyatakan pendapat aku. ni hak aku untuk sampaikan apa yang aku rasa. tak salah kan? maaf sekali lagi ya.

Bahasa menunjukkan bangsa. kalau bukan kita sebagai anak Melayu yang nak memartabatkan bahasa Melayu, siapa lagi?

renung-renungkan dan selamat beramal !

Monday, March 14, 2011

cuti lagi.

ha ! bercakap pasal cuti nih, ada la benda aku nak cerita selain daripada kelas tambahan tadi tu kan. haha. kelmarin ada kenduri dekat rumah tsunami. ahah. 'rumah tsunami'. nama macam tragis ja bila dengar. rumah banglo teres yang diberi nama 'rumah tsunami' tu sebab orang-orang dekat kampung aku nih perlu pindah disebabkan bencana tsunami masa tahun berapa ntah. *bukan yang tsunami Jepun tu ya. haa.. sebab tu lah rumah rumah dekat situ dipanggil rumah tsunami. haha. rumah tu tak la kecik sangat dan tak la besar sangat. sesuai lah dengan penduduk di sini yang hidup sederhana.

eh eh, dah lari topik nih. nak cakap pasal kenduri ja. bukan nak terangkan pasal rumah tsunami tu. dah. jangan layan. -.- masa kenduri tu abang dan kakak aku balik.
ehhe.. hehee.. aaa... errr... ehheeehe... aku tengah seronok ni.. aaa... nih.. kak aku tengah mengandung !!!! hehe. eee,, tah papa budak nih. yg tu pun payah nak cakap. hehe. biaqlah! :)

sure orang pelik kan sebab aku excited sangat sampai tak boleh nak diluahkan melalui kata kata. haha. yelaa.. aku mana penah tengok family aku mengandung.. mak aku mengandung pun mana aku penah tengok. sebab aku anak bongsu. tu yang excited sangat. ahha. lepas ni jadi mak Ucu lah aku. haha. geli geli. ~.~

sekarang dah masuk 6 bulan. kiranya lagi 3 bulan ja lah. insyaAllah. semoga Allah memudahkan urusan kak Wani dan abang Min ya. amin. :)

cuti kah ?


yeahh !! akhirnya !!
SCHOOL HOLIDAY !!!!!
haha
seronoknya .
walaupun hakikatnya sekolah aku tuh tak penah nya cuti. -.-"
majaz ja perkataan 'cuti' tuh.
haha :D
kalau ada cuti dalam kalendar, kami pun cuti.
tapi kena mai sekolah jugak.
kelas tambahan ~.~
isnin sampai khamis.
it's okay, it's alright, fight, fight, FIGHT !
haha.
*semangat rumah sukan la pulak
yep !
zamira,
walaupun cuti ni ko kena bangun awal !
berkorban lah sikit.
FIGHTING ZAMIRA !

Saturday, February 19, 2011

Masa ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita.


hari tu, ustazah Aeida (guru baru yg mengajar bahasa arab:) ada cerita kisah beliau sewaktu di Iskandariah. beliau dan 14 orang pelajar lain merupakan pelajar pertama dari Malaysia yang menuntut di sana. dah 20 tahun yang lalu. ustazah cerita memang sangat memberi motivasi. untuk akulah.. untuk orang lain tu aku tak tau lah. ehhe.

ceritanya bermula apabila,

beliau menerima surat tawaran untuk belajar di sana. belaiau terus setuju. ibu dan ayah ustazah sangat gembira lah. lagipun diorang yang support semua disebabkan mereka adalah batch pertama dari malaysia yang menjejakkan kaki di sana.

sesampainya mereka di kolej tuh (cawangan universiti al-azhar kot kalau tak silap), ustazah terus berkata ; MasyaAllah.. beginikah tempatnya. menurut ustazah, tempat tersebut memang sangat teruk. tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. time tu pihak universiti tengah on the way untuk siapkan bangunan yang lebih elok. ustazah cakap, "memang macam reban ayam lah. tak tak, bukan reban ayam, kandang kambing lah besar sikit" haha. kami gelak betol. yang si anas tuh gelak sungguh-sungguh punya. sampai ustazah gelak balik kat dia bila tengok dia gelak. haha. ayat tak betoi dah. hmm..

ustazah sambung lagi,

"tapi ustazah bersyukur lah sebab ustazah berjaya jugak sampai jadi macam ni sekarang. macam mana ustazah berjaya? ustazah tak pernah mengeluh. ustazah cuba jugak untuk lulus dalam exam masa dekat sana. sebabnya kalau kita lulus exam tu, baru lah diorang akan tanggung semua kos pembelajaran kita."

ustazah cakap,

"masa mula tu, ustazah fikir jugak, memandangkan macam ni lah tempatnya, boleh tak aku terus belajar nih? kalau nak patah balik, takut malu dekat mak pulak. haha" ustazah ni,, boleh buat lawak lagi. haha. i like betol. :)

ustazah kata lagi,

"kita ni tak boleh la merungut-merungut sangat. jangan mengeluh. Allah dah bagi masa kat kita 24 jam. cuma kita ja yang nak kena manage masa tu elok-elok. Allah tau makhlukNya cukup dengan masa yang Dia berikan. kita ni ja. tak sedar yang Allah dah bagi semua. walaupun bagi ustazah, hidup dekat Iskandariah dulu memang cukup payah. dah la 14 subjek semua. kamu tau ustazah dan kawan-kawan ustazah buat macam mana nak cover semua subjek tu? kami bahagi lah. kami kan ada 14 orang, kami bahagi seorang satu mata pelajaran. pastu kami akan duduk lah bincang. setiap orang akan dapat macam mana yang seorang-seorang tu dapat. lastly, semua 14 orang kami lulus dalam exam tu"

aku pun bermonolog lah dalam hati,, ish ish. ustazah ni style betul! dah la cantik. anak beliau comel comel belaka. pandai pulak tuh. suami ustazah pun cikgu jugak. jumpa dekat sana. ahha. ustazah yang cerita okay.. haha.

aku pun monolog lagi,, selama ni aku dah banyak mengeluh. "Ya Tuhan, ampunkan aku. aku tidak pandai bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan."

:') terima kasih kerana menyedarkan aku.

Friday, February 4, 2011

BLOG UNDER CONSTRUCTION


ah! takda masa lah nak mengadap ni 24 jam. nak study lagi. SPM SPM ! -.-"
sorry lah. nanti blog ni akan pulih seperti sediakala ya. sorry sorry. :'(

kanak-kanak itu (bhg 2)


sambungan daripada entry tahun lepas. haha.

hari tu, aku dan mak pergi ke Kota Kuala Muda tu lagi skali. aku tak ingat bila dan kenapa. yang aku ingat, mak suruh aku turun kereta dan beli surat khabar Mingguan Malaysia. aku turun dan berjalan sambil mencari kedai tersebut. ahah. ayat bm. erk. haa..

tetiba aku terlihat sebuah motor dan seorang kanak-kanak yang sama yang pernah aku cerita dulu. hmm.. dia sudah besar nampaknya. tak lah besar sangat. boleh laa.

ternyata dia masih tersenyum sambil membelek-belek motosikal milik ayahnya. aku tak sangka yang doa aku dimakbulkan. aku pernah cakap, nak jumpa budak tu lagi sekali. tup tup. memang ditakdirkan aku jumpa dia sekali lagi.

tapi aku sekadar melihat dan tersenyum seorang diri di kala itu. semoga hidupnya lebih berwarna-warni dan indah setelah dia tahu erti sebenar kehidupan. amin. ^^


all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.