----

Monday, November 22, 2010

pengorbanan


gambar hiasan

pengorbanan. aidiladha banyak mengingatkan aku mengenai pengorbanan. mungkin semua orang tahu sejarah hari raya korban. namun, adakah semua orang menghayati kisah tersebut? aku di sini tidaklah layak untuk mempersoalkan persoalan ini. namun, aku rasa tidak salah jika aku menzahirkan apa yang aku rasa.

selama ini, aku hanya tahu mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Nabi Ismail a.s. namun, rupa-rupanya masih ada satu lagi kisah yang aku rasa tidak ramai yang tahu mengenainya. iaitu kisah bapa Nabi Muhammad S.A.W , Abdullah bersama ayahnya, Abdul Mutalib. aku mengetahui kisah ini melalui pembacaan buku yang bertajuk "Aminah, Bunga Kaum Quraisy" karya Ezee Rahmani. buku ini menceritakan kisah Aminah, ibu baginda Rasulullah dari beliau kecil sehinggalah beliau meninggal dunia. juga turut diceritakan kisah Abdullah. yaang hampir menjadi korban oleh sebab nazar ayahandanya, Abdul Mutalib.

*****kisah yang dinyatakan daripada buku tersebut*****


Wuhaib terdiam apabila mendengar Abdul Mutalib mengimbas kembali kenangan semasa menggali telaga zamzam. Pada masa itu berkerumun orang Quraisy memerhati Abdul Mutalib yang tekun menggali telaga zamzam. Malah, ada yang memperkecilkan usaha Abdul Mutalib. Cuma Harith, anak Abdul Mutalib sahaja yang mahu membantu. Itu adalah satu-satunya anak lelaki yang dimilikinya pada masa itu.

Abdul Mutalib menambah, "Kecewa dan hancurnya hati saya pada masa itu. Sedangkan saya menggali telaga zamzam bukan buat saya dan keluarga semata-mata, tetapi lebih kepada membantu mengurangkan penderitaan para tetamu Tuhan yang datang beribadah. Tidak tertanggung saya melihat susuk tubuh yang setiap tetamu yang melangkah lemah mengerjakan ibadah dengan penuh ikhlas dan rendah diri, di bawah terik matahari yang membakar kulit-kulit kering mereka. Mengapa penduduk kota ini tidak mahu membantu? Saya tidak pernah berbuat jahat kepada orang lain apatah lagi mencederakan mereka. Mengapa mereka biarkan saya dan anak saya sahaja yang mencari telaga zamzam? Saya sangat sedih pada masa itu sedangkan saya hanya melakukan perintah Tuhan kepada saya."

Hatinya menjadi sayu. Sayu mengenangkan sikap kaumnya pada masa itu sanggup mengejek dan menghinanya sebagai ayah yang tidak dapat melahirkan banyak zuriat terutamanya anak-anak lelaki. Pada masa itu juga Abdul Mutalib membuat nazar.

Kata Abdul Mutalib lagi, "Sebab itu pada setiap hari saya berdoa agar mendapat ramai anak lelaki. Ini kerana anak lelaki menjadi lambang kebanggaan dan kesombongan Quraisy. Bermula dari hari itu juga saya bernazar, apabila saya dikurniakan sepuluh anak lelaki, salah seorang daripada mereka akan saya korbankan kepada Tuhan. Sekarang Tuhan telah kabulkan doa dan permintaan saya. Wajarkah saya melupakan nazar itu?"

Wuhaib langsung tidak besuara. Sangka Wuhaib, nazar itu sudah dilupakan oleh Abdul Mutalib. Malah tidak ada orang yang mengingati hal itu lagi. Perkara itu sudah lama berlalu. Tetapi tidak bagi orang yang membuat nazar ini.

***

Nafas mereka seakan terhenti. Sesekali mereka mengalihkan pandangan kepada anak-anak Abdul Mutalib yang tidak berganjak langsung malah mereka tetap berdiri di tempatnya dan membiarkan sahaja cahaya matahari menyirami wajah-wajah mereka. Salah seorang daripada anak-anak Abdul Mutalib ialah Abdullah. Beliau ternyata adalah anak yang paling tampan, berdiri di samping abang-abangnya sambil tersenyum. Hati penduduk Mekkah menjadi kecut apabila pandangan mereka jatuh kepada Abdullah. Dalam diam, mereka berdoa supaya bukan kiub nama Abdullah yang terpilih.

Balang terus bergoncang hebat mencampur-adukkan kiub-kiub nama di dalamnya. Begitu juga hati penjaga berhala itu yang turut berbolak-balik.


***

Penjaga berhala tersebut berasa suram walaupun upah 100 dirham pada asalnya amat dihajati. Berkali kali nama dicabut, namun hasil yang sama tetap berlaku, iaitu nama Abdullah yang terpilih. Gementar seluruh sendi Abdul Mutalib kerana nama anak kesayangannya yang terpilih. Seluruh penduduk Mekkah tergamam. Abdullah hanya tersenyum. Abdullah akur di atas takdir yang menimpa dirinya. Beliau begitu tenang untuk menjalankan perintah Tuhan.


gambar hiasan


"Pedang sudah berada di tangan ayahanda. Anakanda tidak pernah gentar menyerahkan leher ini supaya dipenggal. Dipersila menjalankan perintah Tuhan ini dengan segera."

Begitulah kata-kana Abdullah yang ikhlas mentaati perintah Tuhannya. Adik-beradik Abdullah memprotes undian tersebut. Ternyata mereka sanggup mempertaruhkan leher-leher mereka supaya dapat disembelih. Kejutan apakah ini? Mereka saling berebut mahu dijadikan korban supaya disembelih oleh ayahanda sendiri? Para penduduk Mekkah tidak keruan.

Aminah tidak dapat membendung perasaan sebak. Mahu saja beliau merempuh orang ramai dam merampas pedang daripada tangan Abdul Mutalib. Abdullah melangkah ke ayahandanya. Beliau bersedia menghulurkan lehernya sebaik sahaja melihat pedang dalam genggaman ayahandanya itu semakin kemas dan terangkat. Tiba-tiba, meluru seorang wanita iaitu Ummu Hakim iaitu saudara kembar Abdullah. Beliau meminta tidak dipenggal leher saudaranya Abdullah. Beliau mempertaruhkan lehernya supaya disembelih.

Tidak semena-mena, tiga orang lelaki berbadan tegap melompat ke hadapan dan merampas pedang dari tangan Abdul Mutalib. Ketiga-tiga orang itu ialah Mughirah, Zubair dan Abu Talib. Kini, pedang berada di tangan sorang lelaki bernama Mughirah bin Abdullah al-Makhzumi, suadara kepada Fatimah binti Amru al-Makhzumi, iaitu bonda Abdullah. Abdul Mutalib berusaha merampas kembali pedang tersebut namun tenaganya sudah lemah. Namun begitu, beliau tetap dengan pendiriannya. Mughirah terus menyakinkan Abdul Mutalib bahawa undi tersebut tidak tepat kerana mereka pernah mengikut tarikh yang diundi oleh balang itu, namun, mereka pulang dengan kehampaan. Mereka juga pernah mengundi menggunakan balang tersebut sebelum peperangan, tetapi akhirnya mereka tewas. Penjaga berhala itu bertanya Abdul Mutalib mengenai saranan Mughirah tadi. Orang ramai berteriak supaya di menyelesaikannya dengan cara lain iaitu dengan menebusnya, mereka menyuruh membawa Abdullah kepada tukang tilik dan jangan basahkan bumi Tuhan ini dengan darah manusia.

Akhirnya nyawa Abdullah ditebus dengan 100 ekor unta.

************

Begitulah kasih sayang Allah kepada makhluknya yang taat dan ikhlas :)

Sunday, November 7, 2010

student putus cinta bunuh diri??

alahai~ aku nak cari tonton tv 3 tuh.. tetiba terbukak notakosong.com. aku bukak la satu entry ni cakap "pelajar putus cinta, cuba terjun bangunan". hahahaha. buat lawak betoi la. tah pape.

bak cakap penulis notakosong tu,, "Susah sangat ke hidup sebagai pelajar?". hmm. betul tu. bukannya susah pun. nama pun pelajar, belajar la. bukan susah pun. tugas seorang pelajar adalah belajar. bukan bercinta. aku dah lama realize benda ni sebenarnya. heh. *ayat macam aku ni rajin belajar sangat.haha*. hmmm.. inilah padahnya kalau bercinta time belajar. tak salah sebenarnya kalau bercinta time belajar kalau benda tu tak membawanya ke arah keburukan. tapi bercinta time belajar lebih banyak keburukan daripada kebaikan kan? fikir-fikirkan lah. ni just pendapat aku. tidak ada kena mengena antara yang hidup ataupun meninggal dunia. ;D





menurut cerita tu, lepas 'cinta'nya ditolak, dia mengancam untuk memukul dua pelajar perempuan, masa tu kawan lelaki pelajar tu lihat kejadian tu. lepas tu kawan tersebut mengejek pelaja tu. *kalau aku jadi kawan dia pun aku ejek dia.haha.*

pelajar perempuan terbabit bercadang mengadu perbuatannya kepada guru hingga menyebabkan dia hilang kawalan lalu memecah cermin tingkap dan keluar untuk terjun tingkat tiga bangunan kelas.
*kak aku cakap,, tingkat tiga ja pun,, tu bukan boleh mati pun,, seksa g ada aaa.. hahaha*

mungkin jugak pelajar ni tengah sedih lagi kut. sebab ayahnya baru meninggal sebulan yang lalu. mungkin sebab tu yang membuatkan dia tak boleh berfikir dengan waras.

--> kalau nak tau cerita lebih lanjut click here.

apa-apa pun, aku kesian jugak la kat pelajar ni. bukan kesian sebab cintanya ditolak ya. kesian sebab tekanan yang dihadapi sebab ayah dia meninggal. innalillahiwainna ilaihiraji'un..

to put it laconically, befikirlah sebelum bertindak ! :)

Thursday, November 4, 2010

nama pun manusia..

aku tak paham betul la. macam-macam perangai manusia ni kan? rambut sama hitam, hati lain-lain. memang betul. kadangkala aku menyampah dengan perangai-perangai manusia ni. ada yang baik, tapi tah pape. whatever lah. kalau tak kacau hidup aku takpa. haha.





sebenarnya aku nak tulis pasal kak fida. blogger mana yang tak kenal fida aishah? apa yang aku dengar baru-baru ni, dia ada buat something. tapi aku tak kisah la semua tu. biar la kat dia dia nak letak gambar siapa pun. dah tu blog dia. suka suki dia la. yang orang lain kalut nak marah-marah dia buat apa. kalau tak suka dengan dia pun, perlukah untuk mengutuk-ngutuk dia? orang yang kutuk-kutuk tu, awat perangai dia elok sangat ka? haa. ni nak mula slang penang ni. aish.. sat lagi aku tulih penang pekat semua tak paham kot. haha. aku bukan nak back up dia. tapi, bagi aku la kan, its ok la kalau dia nak buat apa pun, sebab aku suka entry dia. cuba jadi macam aku. haha. *perangai huduh*. blog ni merupakan hasil tulisan, coretan para blogger. so, baca cukup la. kalau tak suka tak payah baca, tak payah la follow. kan senang. yang dok buat susah-susah tu buat apa. buat pening kepala ja. buat kak fida, be patient. Allah is always by your side.

tapi itulah manusia. macam-macam kerenah. kalau suka tu, amboi. punyalah bangga, canang cerita sana sini. tapi kalau nama dia tu dah naik, mula la dengki. cari kesalahan orang. tolong la. buka minda tu sikit. cuba la bagi dia support. orang dah maju, jangan la bagi jatuh. buang sifat-sifat mazmumah tu. hmm.. itulah. nama pun manusia. -_-'

''Abah.. bagilah balik tangan Ita"..................isk..isk...isk...

balik ni,, ingatkan nak study. tapi apakan daya. tarikan magnet laptop lebih kuat daripada tarikan magnet buku add math. haha. takpa. tak salah kalau guna internet, boleh membuatkan aku menitiskan air mata. aduh. emo! tapi tak salah kan kalau menangis? :') aku buka muka buku. tiba2 aku terlihat satu note yang heliza di'tag'kan. memang sangat sedih. terkesima aku.


***

by Mentari Hidup on Friday, October 29, 2010 at 1:41am
Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya.Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.


*gambar hiasan*

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.


*gambar hiasan semata*


Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.


*gambar hiasan lagi*


Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)


***

so, ambillah manfaat daripada cerita ini. semoga kita dihindari daripada sifat2 tercela. amin. :)
all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.