----

Thursday, May 24, 2012

Allah Ingatkan Kita sebab Allah Sayang Kita

Bismillahirrahmanirrahim

Sebenarnya dah lama aku duk teringat nak tulis pasal benda nih. Tapi tak tertulis-tulis. Nak kata sibuk, bukannya aku masuk U lagi pun hehe. Hmm tu lah pepatah Melayu kata, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Okay, mari kita mulakan. Pada tarikh 11 April 2012, berlaku gempa bumi yang berukuran 8.9 skala Richter di Acheh. Di Malaysia pun turut merasai gegaran. Seriously memang aku ketaq time tu. Tambah-tambah rumah aku dekat dengan laut. Dah la gempa waktu tsunami tahun bila eh? 2004 ke? ha, gempa time tu aku tak rasa langsung sebab aku tak ada kat rumah waktu tu. Kiranya aku ni takda pengalaman merasai gempa la kan heheh. Hah, memang macam-macam lah aku fikir time gempa kali ni. Pastu bukak TV3 mana tau kalau-kalau ada berita pasal gempa tu. Ceh tengok-tengok TV3 siap tayang drama lagi. Sempat lagi diorang. Haha. Pastu aku bukak la Awani. Ada la berita pasal gempa tu. Bagus betul Astro Awani ni, cepat dan pantas.

Hmm dipendekkan ceritanya, kira sampai malam lah family aku tak sedap duduk. Yang jiran aku tu semua pakat keluar dah dari kampung nih haha lagi laju dari kami. Kami kira kemas barang penting ja la, tapi takda la sampai keluar dari kampung kan. hikhik. Pastu time tengah malam pulak, hujan sangat lebat dengan guruh punya la kuat. Hah! Dah la aku tidur sorang-sorang dalam bilik. Macam-macam la aku fikir waktu tu. Haha.

*gambar hiasan*


Amaran tsunami pun ada dikeluarkan di Acheh dan lain-lain tempat. Pakat ramai la yang buat solat hajat, minta doa pada Allah. Hmm, waktu-waktu macam tu baru la semua orang nak ingat Tuhan. Baru la teringat nak menyesal sebab buat banyak salah pada Tuhan. Waktu lapang-lapang yang ada tak nak guna masa untuk mengingatiNya. Sedangkan Allah tu tak pernah pun lupa pada hambaNya. Kita ja yang selalu lupa pada Dia. Padahal kita tahu bahawa Dialah yang menciptakan kita.

Bukan aku nak kata tak boleh buat solat hajat waktu tu, baguslah kan minta pertolongan dari Allah. Tapi cuba kita fikir balik, kalau waktu tu Allah tak perintahkan bumi untuk buat gegaran tersebut, berapa ramai sangat yang akan ingat Allah? Berapa ramai sangat yang akan minta doa sungguh-sungguh waktu tu? Cuba kalau waktu tu adalah hari kiamat, sempatkah kita untuk bertaubat kepaNya? Tapi Allah itu Maha Pengasih, Allah beri peluang kepada kita untuk berfikir dan bermuhasabah diri. Allah sebenarnya rindu mendengar rintihan hambaNya, dalam masa yang sama, Allah beri peringatan untuk kita. Boleh saja kalau Allah taknak buat gempa bumi tu, Allah terus saja nak perintah air laut supaya buat tsunami sehingga menelan beribu-ribu nyawa manusia. Tapi tak, Allah tak buat pun macam tu. Sebab apa? Sebab Allah nak beri peringatan buat kita hamba yang sering leka dengan dunia. Padahal manusia itu sendiri tahu bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Kehidupan yang kekal adalah akhirat. Tapi manusia terus saja mengejar dunia. Mengejar wang. Mengejar pangkat. Mengejar nama. Astaghfirullahal'azim....


Baby pun bersujud, tak malukah kita?


Okay now, Alhamdulillah sebab tak berlaku kejadian tsunami. Hanyalah gempa bumi. Hah, sekarang ni pulak, berapa ramai yang ambil wudhu' then buat sujud syukur? Hmm, manusia... selalu saja lupa... selalu saja tidak bersyukur. Mari, muhasabah diri kita. Ingat, Allah ingatkan kita sebab kita selalu lupa padaNya dan Allah ingatkan kita sebab Allah sayang kita :')



all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.