----

Sunday, July 20, 2014

Bersyukurlah, Kehidupan Sempurna.

Waaaa.. Hari ni dh masuk 22 Ramadhan 1435H. Macam mana amal? Semakin bertambah? Aigoo.. Tanya diri sendiri taktau nak jawab apa. Dah nak akhir-akhir Ramadhan ni mula la orang Melayu sibuk nak buat persiapan Raya. Padahal kalau tengok orang Islam kat Arab sibuk beribadah sebab bulan mulia ni dah nak habis. Astaghfirullah.. Teringat video Mtluthfi kahkah sumpah kelakar. Tapi still mesej sebenar dia sampai. Thumbs up!!

Yang aku nak ceritakn kat sini ialah;

Hari Jumaat lepas, kami pi Jalan Tunku Abdul Rahman. Emm okay la, aku pun mengaku la aku kalut buat persiapan raya. Haha. Takda la kalut pun kan. Saja la usha-usha tudung sikit2. Haha. kami dah nk balik dah time tu sebab semua mission dah accomplished dah (mission nak beli keperluan...lah sangat..haha). Sekali kawan aku terberhenti kat gerai jual baju kanak-kanak. Almaklumlah baru dapat anak saudara kembar. Seronoknya. Chukkae! Pastu tengah pilih-pilih kat situ datang la dua orang budak, maybe dalam umur 6-7 tahun camtu kot. Diorang datang minta sedekah dengan jual Yasin. Budak perempuan tu cakap "Bagi la sikit, mau makan". Aku ingat cam bagi je la berapa pun kan, pastu aku amek la Yasin tu. Pastu dia cakap "Yasin RM5". Erk, okay, pastu aku bagi balik Yasin tu. Haha. Kawan aku pulak dia tengah call, pastu dia tolak je la kan, pastu budak lelaki tu macam paksa gila, dia letak Yasin tu kat tangan kawan aku. Aigoo budak ni. Yela nak jual pun, tp takyah la paksa gitu. Kawan aku pun bagi la, tapi dia taknak Yasin tu. Aku perasan orang yang lalu lalang kat situ semua tengah perhati kami. Apesal doe. Haha.



Okay, itu jela cerita aku. Pfftt. Takda benda baq hang. Yang aku fikir sekarang ni, ok budak-budak tu macam mana kehidupan diorang. Rumah diorang kat mana, duduk dengan family ka camna, pastu kalau ada family, family diorang tu camna, kalau diorang yang kecik-kecik lagi macam tu dah minta sedekah, mcm mana dengan family members diorang yang lain. Ataupun kalau diorang katakan duduk kat rumah anak yatim, emm takkan la rumah anak yatim tu suruh diorang jual Yasin tepi-tepi jalan camtu. Serius aku curios gila kehidupan diorang macam mana.

Aku tak sure yang budak perempuan tu Melayu ke tak, sebab cara dia cakap macam slang bukan Melayu asli. Eh takda la orang asli kan. Kalau diorang duduk sendiri-sendiri, mana mungkin diorang dapat Yasin tu banyak-banyak nak buat jual. Aku takmau la buat andaian sendiri kan. Tapi tu lah, aku curios gila gila nak tau. Takkan nak ikut budak tu balik kot kan. Aku tak teringat pulak time tu nak tanya diorang dari mana. Salah satu sebab yang aku curios sebab si budak perempuan tu, lepas aku kasi duit tu dia terus cepat-cepat sorok bawah tudung dia. Dia sorok dulu duit tu pastu baru dia cakap yang Yasin tu RM5. Pelik gak asal yang dia nak sorok sangat. Simpan jela betul-betul kan. Hmmm..

Setakat ini sahaja penceritaan saya kali ini. Konklusinya, takda konklusi. Sebab soalan tak berjawab. Taktau lah bila nak terjawabnya. Jap, ada kot conclusion, bersyukurlah kita sebab ada family, kawan-kawan, jiran tetangga, cikgu-cikgu, walaupun mungkin tak sempurna, at least kehidupan kita terjaga. Hargailah mereka yang tersayang. Jangan lupa nikmat paling besar dalam hidup, nikmat Iman dan Islam.

K lah anyeong! Salam Ramadhan! Selamat memburu Lailatul Qadr.


(eh btw, jalan TAR tu sesak nak mampoih. pening kepala aku. k tu ja. serius bye)
all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.