----

Saturday, January 14, 2012

Further Your Studies

tiga orang daripada kami memang dah tentu dah masa depan diorang. Syaza amek STAM, nanti sure fly to Jordan or Mesir dah. Anis pi Universiti Tenaga Nasional. Syahirah Rodzhan pi UTP. Syahirah tu memang ah. dia dapat apa yang dia impikan selama ni. dia memang nak sangat-sangat mechanical engineering. tup tup, memang dia dapat UTP course tu pun. seriously, aku tabik ko Syahirah. ^^

semalam aku join Kem Lepasan SPM anjuran PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional) di UiTM Permatang Pauh. Saffrina, Atikah, Farzana, Athirah Arifin join jugak. ahah. kalau aku sorang ja memang aku tak pi lah. harap.. aku rasa ni bukan kem kot. macam seminar jak. ah. whatever. sama ja semua tuh. kat seminar nih, diorang terangkan pasal haluan kita nanti untuk bebudak lepasan spm nih untuk sambung study kat IPTA or IPTS or overseas. apa yang aku dapat dalam seminar ni adalah :


  • buka minda ! kita ni remaja Islam. cuba kita lihat di manakah kedudukan Islam hari ini jika nak dibandingkan dengan semasa zaman Rasulullah dan para sahabat dahulu? justeru, apa yang patut kita lakukan? semua ilmu pengetahuan yang kita pelajari hari ini sama ada bidang sains, matematik, astronomi, semuanya bermula daripada kerajaan Islam. Barat sebenarnya telah mencedok semua ilmu yang telah umat Islam kaji. namun hari ini, kita menyanjung Barat, yang kononnya merekalah yang mengkaji ilmu-ilmu tersebut. Ibn Khaldun, Ibn Sina, Al-Khawarizmi, Ibn Tufail dan ramai lagi  semuanya menyumbang kepada perkembangan bidang ilmu pengetahuan di dunia ini. -Cikgu Johari, kaunselor MRSM Kepala Batas. (UPM)

  • bidang kedoktoran - Bidang ni merupakan satu bidang yang sangat luas. Bukan sahaja doktor yang duduk saja di hospital atau klinik, tetapi boleh membantu menyelamatkan nyawa orang lain dengan izin Allah. Doktor juga boleh menyertai MERCY Malaysia yang berkhidmat di negara-negara yang dilanda bencana alam. Seorang doktor beragama Islam mestilah meletakkan Allah di tempat yang paling tinggi. Doktor cakap, masa zaman doktor belajar dulu memang doktor yang ada dalam jumlah yang sikit, sehingga nisbahnya, 100 pesakit, 3 doktor (err, lebih kurang macam tu la, tak ingat sangat). Tapi sekarang dah lain. -Dr. Norhasimah Ismail (Family Madicine).
so, ada kawan aku tanya doktor tu, sekarang ni dah ramai doktor-doktor yang berkelulusan tinggi. so, apa yang perlu dilakukan? doktor jawab : ya, memang sekarang ni dah ramai doktor-doktor di Malaysia sehingga nisbah doktor dengan pesakit ialah 100 doktor, 3 pesakit, tetapi, doktor pakar terutamanya yang beragama Islam kurang. (doktor nak anjurkan kalau nak amek medic, untuk jadi doktor pakar, baru lah peluang kerja banyak) 

kalau dapat doktor macam ni, tak sakit pun aku nak pi. hikhik. 

  • bidang pensyarah (Mechanical Engineering) -  beliau belajar di SMKA Al-Irshad ( bangga aku :), sambung  mechanical engineering di UKM dan sambung degree di USM. untuk jadi pensyarah, beliau sambung di UiTM. Pensyarah mestilah : ikhlas dalam mengajar, suka mengajar, suka buat research, peka isu semasa, etc. "Orang yang takut kepada Allah, ialah orang yang berilmu." Pesanan daripada lecturer tersebut kepada bakal mahasiswa : perbaharui niat, jaga solat, jaga hubungan dengan pensyarah, pilih kawan, share ilmu, jadikan kegagalan sebagai pendorong kejayaan. - En. Rozaini bin Othman,  pensyarah Mechanical Engineering (tak ingat Uni mana.)

  • bidang undang-undang - beliau belajar di SMKA Al-Irshad ( bangga lagi :p ), sambung pelajaran di UIAM. boleh juga kalau pelajar nak sambung di UM, UITM, UKM, UUM dalam course law, tapi kena masuk matrik KPM dulu. law juga boleh sambung di overseas, i.e UK or nagara-nagara komanwel yang lain. Lawyer mestilah : rajin research, etc. Boleh bekerja di bawah kerajaan ataupun swasta. and then, beliau cerita pasal jenis-jenis bidang law nih : conveyancing, accident, jenayah, banking. ada orang tanya, kalau memang orang yang kita defend tu memang dah sah-sah salah, apa yang lawyer kena buat? beliau jawab : dalam bidang kehakiman ni, seseorang tu tak terbukti bersalah sehingga dia terbukti bersalah. walaupun kita tau yang orang tu memang salah, tapi kalau takda bukti, memang tak boleh kata dia salah. - En. Mohd Redza bin Khazale peguam di Mahkamah Tinggi Malaya.

  • bidang kejuruteraan - beliau belajar di Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman, masuk Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dalam bidang sains fizikal dan sambung di Universiti Malaysia Pahang (4 tahun) dalam bidang electrical engineering. bidang ni berkaitan dengan sains dam metematik dan imaginasi kena tinggi. DAN minat mesti ada. - En. Zulfikri ( kot.. hehe. tak ingat. -.- ) R.A di USM.

tu ja lah. saja la nak kongsi. sharing is caring kan? hehe. ada lagi pengisian kem ni. tapi macam tak berapa nak ingat lah. ahha. yang aku sedihnya, takda pun arkitek yang mai nak terangkan pasal bidang tu. hurm.. apa la nasib. tapi takpa, at least apa yang aku confuse terjawab la jugak kan. ( err.. yaka? -.-" )
all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.