----

Saturday, March 26, 2011

Bahasa Melayu

ehem ehem. aku tau aku siapa untuk bercakap perkara ni. aku bukan ahli sastera. result bahasa Melayu aku pun bukannya bagus sangat. tapi aku cuma nak bagi pendapat ja. err.. ok.

sedar tak, sekarang ni anak-anak melayu ramai yang gunakan bahasa yang entah apa apa tuh.

contoh : "saia budaxX takxX betoLXx" atau "awak b0oat apew" .
apa salahnya kalau tulis : "saya budak tak betul" atau "awak buat apa".

ah! sakit kepala tengok. aku pun tak la guna bahasa baku setiap masa. tapi at least aku tak la parah sangat.
singkatan pun aku guna. aku rasa tak salah. bahasa rojak? err.. aku tau aku pun guna. hehe. tapi aku tak merosakkan bahasa pun. aku cuma mengaplikasikan apa yang aku belajar. hehe. aku tau bahasa singkatan dan rojak tu pun merosak bahasa. tapi sekurang-kurangnya bahasa tu tak menambah huruf-huruf yang tak sepatutnya ditambah. sorry to say. tapi serius, aku menyampah !

sebabnya,
1) susah nak baca.
2) rosak bahasa.
3) kesian dekat cikgu bm yang penat penat mengajar kita subjek bahasa

masa mula-mula dulu orang guna singkatan untuk mempercepat penyampaian masej. tapi sekarang ni yang ramai orang Melayu guna "bahasa entah apa apa" tu untuk apa? tujuannya apa? nak mempercepat penyampaian masej jugak kah? bukannya style pun. buat susah lagi ada lah.

sudah sudah la guna bahasa bahasa macam tu. kesian Bahasa Melayu. tak ingatkah kita belajar sejarah tingkatan 1 dulu? kan bahasa Melayu jadi lingua-franca? seluruh dunia tau bahasa Melayu. tapi sekarang apa sudah jadi? orang putih pun tak pandang dah bahasa Melayu. tapi bukan semua lah.

maaf kepada sesiapa yang mungkin marah dengan kenyataan aku ni. tapi aku hanya menyatakan pendapat aku. ni hak aku untuk sampaikan apa yang aku rasa. tak salah kan? maaf sekali lagi ya.

Bahasa menunjukkan bangsa. kalau bukan kita sebagai anak Melayu yang nak memartabatkan bahasa Melayu, siapa lagi?

renung-renungkan dan selamat beramal !

Monday, March 14, 2011

cuti lagi.

ha ! bercakap pasal cuti nih, ada la benda aku nak cerita selain daripada kelas tambahan tadi tu kan. haha. kelmarin ada kenduri dekat rumah tsunami. ahah. 'rumah tsunami'. nama macam tragis ja bila dengar. rumah banglo teres yang diberi nama 'rumah tsunami' tu sebab orang-orang dekat kampung aku nih perlu pindah disebabkan bencana tsunami masa tahun berapa ntah. *bukan yang tsunami Jepun tu ya. haa.. sebab tu lah rumah rumah dekat situ dipanggil rumah tsunami. haha. rumah tu tak la kecik sangat dan tak la besar sangat. sesuai lah dengan penduduk di sini yang hidup sederhana.

eh eh, dah lari topik nih. nak cakap pasal kenduri ja. bukan nak terangkan pasal rumah tsunami tu. dah. jangan layan. -.- masa kenduri tu abang dan kakak aku balik.
ehhe.. hehee.. aaa... errr... ehheeehe... aku tengah seronok ni.. aaa... nih.. kak aku tengah mengandung !!!! hehe. eee,, tah papa budak nih. yg tu pun payah nak cakap. hehe. biaqlah! :)

sure orang pelik kan sebab aku excited sangat sampai tak boleh nak diluahkan melalui kata kata. haha. yelaa.. aku mana penah tengok family aku mengandung.. mak aku mengandung pun mana aku penah tengok. sebab aku anak bongsu. tu yang excited sangat. ahha. lepas ni jadi mak Ucu lah aku. haha. geli geli. ~.~

sekarang dah masuk 6 bulan. kiranya lagi 3 bulan ja lah. insyaAllah. semoga Allah memudahkan urusan kak Wani dan abang Min ya. amin. :)

cuti kah ?


yeahh !! akhirnya !!
SCHOOL HOLIDAY !!!!!
haha
seronoknya .
walaupun hakikatnya sekolah aku tuh tak penah nya cuti. -.-"
majaz ja perkataan 'cuti' tuh.
haha :D
kalau ada cuti dalam kalendar, kami pun cuti.
tapi kena mai sekolah jugak.
kelas tambahan ~.~
isnin sampai khamis.
it's okay, it's alright, fight, fight, FIGHT !
haha.
*semangat rumah sukan la pulak
yep !
zamira,
walaupun cuti ni ko kena bangun awal !
berkorban lah sikit.
FIGHTING ZAMIRA !
all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.