----

Sunday, February 26, 2012

Ampunkan jika aku tersilap.


Sekarang ni aku kerja di kedai yang menjual tudung. Ya benar, memang bagus lah kita menggalakkan orang untuk memakai tudung. Tapi yang menjadi dilema aku sekarang ni ialah ; kebanyakan tudung-tudung tu pendek dan ada yang sampai tak menutup dada. Kiranya tudung yang tak mampu menutup aurat dengan sempurna. Aku sedar, aku ni pun takda lah sempurna sangat dalam semua hal. hmm.. Kedai tu juga ada menjual anak tudung yang ada sanggul. Yelah trend sekarang ni kan pakai tudung sambil menunjukkan sanggul di kepala. Hah. Seriously aku tak setuju langsung. Dalam sukatan pelajaran Syari'ah Islamiyah ada diajarkan, yang bersanggul itu seperti bonggol unta, tidak dibolehkan dalam Islam. Hukumnya haram. Ini mengikut apa yang Ustaz aku ajarkan lah. Tapi aku tak ingat hadisnya bagaimana. Orang yang ada sanggul tinggi ni, menunjukkan bahawa rambutnya panjang. (tapi taktau lah kalau dia pakai anak tudung sanggul palsu tu kan). Kalau dah tunjuk bahawa dia ada rambut panjang, maka tak boleh lah kan. Tapi bila aku google, ada jugak pendapat yang kata tak salah kalau bersanggul as long as tutup aurat jugak sebab pakai tudung. Aku pun taktau lah nak cakap apa. Tapi pada aku, buat apa kita nak bersanggul tinggi-tinggi kan?Buat apa nak ikut orang lain? Ni just pendapat aku la.

Ada satu hari tu, seorang lelaki cina, dia ni promoter broadband, dia promote dekat dengan kedai yang aku kerja tu, dia datang tempat aku kerja ni, saja-saja sembang sebab hari tu tak ramai customer datang. Aku sebenarnya tak berapa nak suka dia datang menempek di kedai tu, tapi takkan aku nak halau dia. Sekali tu, dia datang, dia cakap kat aku, "Kamu ni mesti rambut pendek kan?". Aku terkejut kot sebab dia cakap macam tu. Dia dah la lelaki. Cina pulak tu. Mungkin bagi orang lain benda ni tak ada apa-apa. Tapi bagi aku, benda ni dah menyentuh privacy aku kot. Sebab benda ni dah berkaitan aurat aku. Pastu aku tanya la balik, "Kenapa pulak?" Dia cakap sambil merujuk kepada kawan sekerja aku, "Sebab dia ni ada sanggul, kamu takda." Dalam hati aku dah memang ketaq jugak lah sebab dia bercakap pasai aurat kami. Pastu dia tanya lagi, "Betul kan, kamu rambut pendek?" Aku tak jawab apa pun. Kalau aku jawab, tu bermakna aku dah bagitau dia pasal aurat aku. Mana boleh. Aku memang geram betul dengan lelaki tuh. Tapi yalah, bukan salah dia pun kan. Dia mana tau pasal benda-benda ni semua. Tapi tengok, orang lelaki akan anggap orang yang ada sanggul ni rambut panjang, dan orang yang takda sanggul ni rambut pendek. Pandai-pandai lah korang nak fikir apa pun. Kalau korang rasa benda tu takda apa-apa, teruskanlah. Kalau korang rasa benda tu satu dosa, hentikanlah.



Dan di sini, seriously aku rasa berdosa sebab aku mempromosikan tudung-tudung yang membuatkan orang lain tak tutup aurat dengan sempurna. Waktu mula-mula aku kerja, aku fikir, bila orang yang tak pakai tudung tengok dekat tudung-tudung yang ada di kedai ni cantik-cantik, mungkin akan tergerak hati mereka untuk memakai tudung. Tapi bila dah lama-lama aku kerja, aku fikir tudung ni semua singkat dan betul, aku rasa sangat berdosa. Memang ada jugak dijual tudung yang bidang besar, XL, XXL, yang aku tahu ia boleh menutup dada. Tapi tudung yang saiz S dan M lebih banyak. Jumlah tudung yang bidang besar yang dijual di situ hanya lebih kurang satu per lima dari semua tudung-tudung yang ada.

Dan akhir sekali, aku buat keputusan nak berhenti kerja. Ini alasan utama aku sebab nak berhenti kerja. Tapi takkan aku nak bagitau boss aku yang aku nak berhenti ni sebab tudungnya pendek-pendek. Orang lain takkan faham. Aku bagitau dekat family aku ja pasal ni. Aku bagi alasan pada boss dan rakan sekerja aku yang aku berhenti sebab bulan 3 ni aku sibuk dan banyak program di sekolah. Padahal boleh ja aku arrange semua tu elok-elok. Tapi takpa lah. Aku taknak lagi rasa bersalah pada Tuhan. Dia Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati hambaNya. Ampunkan aku sekiranya pilihanku untuk bekerja di sini hanya membawa kepada dosa. Ampunkan aku ya Allah.

Friday, February 3, 2012

hidup tak ada cita-cita tu namanya hidup sia-sia !

Sesetengah orang kan, bila tanya nak kerja apa nanti? diorang akan jawab; err, taktau lagi lah. tengok lah apa yang sesuai nanti. haih. kalau semua orang fikir macam ni, bila la negara nak maju? ceh. cakap pandai.. padahal aku dulu pun macam ni jugak. ye lah, semua jenis kerja teringin nak jadi. mula-mula masa aku kecik-kecik dulu, aku nak jadi cikgu. sebabnya, dulu masa sekolah aku memang baik dengan Cikgu. lagi pun mak aku seorang cikgu. so aku pun teringin jugak nak jadi cikgu. lepas tu, bila dah besar sikit, nak jadi doktor pulak. katanya nak rawat mak ayah bila sakit. *Nauzubillah*.

hah ! cakap memang senang. then, bila masuk sekolah menengah teringin nak jadi pharmacist pulak. nak cipta ubat baru. nak bukak farmasi sendiri. boleh dapat banyak duit. tudiaa.. ingat senang ka nak jadi semua tu. sekarang ni pulak, memang aku dah kenal diri aku, dan aku dah tahu apa sebenarnya yang aku minat dan yang aku rasa boleh dalam bidang tu iaitu bidang architecture.

in Britain. linkarchitectmagazine.com


aku tau, perempuan ni, bukan senag nak jadi arkitek. bukan perempuan saja, lelaki pun sama. Teacher aku pernah cakap, kalau nak jadi arkitek ni, cuba fikir 10 tahun akan datang, sekarang ni pun dah banyak bangunan-bangunan, rumah-rumah, 10 tahun akan datang, ada lagi ke bangunan-angunan yang nak diwujudkan? err. memang aku terdiam lah dengar cakap teacher. apa yang teacher aku cakap tu memang betul dan membuatkan aku berkira-kira balik pasal minat aku tuh. tapi apakan daya kan, dah memang namanya minat. kalau ada rezeki nanti, ada lah. walaupun peluangnya kecil, tapi tak salah kalau kita mencuba kan? mak aku pun sebenarnya tak berapa nak setuju aku ambil bidang ni. yelah, mana nak cari kerja kan, kalau dapat kerja pun, teruk sikit. kena kerja sampai malam lah, pastu kadang-kadang nak kena keluar ke tempat projek lah.. memang tak sesuai la untuk kaum Hawa ni kan. tapi aku yakin, kalau dengan doa daripada mak ayah, family, sahabat-sahabat, nothing is impossible.

ni ada ja arkitek perempuan. cun lagi. haha.

tudia.. berangan punya jauh. haha. ok ni bukan namanya berangan tau. ni namanya cita-cita. ataupun lebih tepat lagi, perancangan masa depan. hidup ni kena ada perancangan. memang betul, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. tapi kalau kita buat something tu, takda aim pun, untuk apa kita buat? baik duduk rumah goyang kaki ja.

tapi kalau cita-cita tu ada tapi usaha takda, pun tak guna jugak. tu lagi lah sia-sia. kejayaan takkan datang bergolek. macam main bola sepak lah. kita nak rebut bola tu, kita kena kejar. kalau nak kejar, kita kena lah lari. lari tu lah merupakan satu usaha yang kita buat untuk nak dapat bola tu. sama la macam cita-cita. kalau kita nak capai apa yang kita nak, kena la usaha. usaha kan tangga kejayaan.

macam sekarang ni, memang aku tengah aim iPhone 4S dan Macbook Pro. both keluaran Apple. kalau nak bendalah tu, kena ada duit la bro. haha. bukannya sekupang dua barang-barang Apple. Apple ni tak sama dengan apple kat gerai buah-buahan tepi jalan tu. apple merah hijau tu senang la nak beli. tapi Apple ni bukan senang wei.. nak duit ja. yalahh, aku ni kan takda la kaya sangat. nak apa-apa terus mintak ja kat mak ayah. kalau boleh gadget macam ni aku takmau la guna duit mak ayah. biar guna duit aku sendiri sebab ni kehendak ja, bukan keperluan. heh. duit mak ayah guna untuk study takpa la. hehek. teruk kan? :p guna ja la duit hang tu untuk study, duit mak ayah tak payah la guna. hihi. ;D

iPhone 4S

MacBook Pro

so untuk aku nak dapat both yang aku nak tu, aku kerja sekarang ni. ni la usaha aku. haha. walaupun gaji tak banyak mana, boleh la jugak nak beli iPhone tu. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. tapi tu lah, aku ni lemah sikit bab-bab duit ni. kalau duit ada dalam tangan, hah, semua benda yang ada depan mata teringin! dasar perempuan! haha. biasa la tu. tapi takpa, aku akan lebih berhati-hati dalam penggunaan wang lepas ni. nak kena buat bajet negara nih. wish-list pun dah semakin bertambah. haih. harap-harap semua yang aku nak tu aku dapat lah. takpa, aim for the moon, even if you miss, you will land among the stars :)

*oh btw, "hidup tak ada cita-cita tu namanya hidup sia-sia" dipetik dari quote dalam Contengan Jalanan by Hlovate. :) love Hlovate forever !
all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.