----

Sunday, February 26, 2012

Ampunkan jika aku tersilap.


Sekarang ni aku kerja di kedai yang menjual tudung. Ya benar, memang bagus lah kita menggalakkan orang untuk memakai tudung. Tapi yang menjadi dilema aku sekarang ni ialah ; kebanyakan tudung-tudung tu pendek dan ada yang sampai tak menutup dada. Kiranya tudung yang tak mampu menutup aurat dengan sempurna. Aku sedar, aku ni pun takda lah sempurna sangat dalam semua hal. hmm.. Kedai tu juga ada menjual anak tudung yang ada sanggul. Yelah trend sekarang ni kan pakai tudung sambil menunjukkan sanggul di kepala. Hah. Seriously aku tak setuju langsung. Dalam sukatan pelajaran Syari'ah Islamiyah ada diajarkan, yang bersanggul itu seperti bonggol unta, tidak dibolehkan dalam Islam. Hukumnya haram. Ini mengikut apa yang Ustaz aku ajarkan lah. Tapi aku tak ingat hadisnya bagaimana. Orang yang ada sanggul tinggi ni, menunjukkan bahawa rambutnya panjang. (tapi taktau lah kalau dia pakai anak tudung sanggul palsu tu kan). Kalau dah tunjuk bahawa dia ada rambut panjang, maka tak boleh lah kan. Tapi bila aku google, ada jugak pendapat yang kata tak salah kalau bersanggul as long as tutup aurat jugak sebab pakai tudung. Aku pun taktau lah nak cakap apa. Tapi pada aku, buat apa kita nak bersanggul tinggi-tinggi kan?Buat apa nak ikut orang lain? Ni just pendapat aku la.

Ada satu hari tu, seorang lelaki cina, dia ni promoter broadband, dia promote dekat dengan kedai yang aku kerja tu, dia datang tempat aku kerja ni, saja-saja sembang sebab hari tu tak ramai customer datang. Aku sebenarnya tak berapa nak suka dia datang menempek di kedai tu, tapi takkan aku nak halau dia. Sekali tu, dia datang, dia cakap kat aku, "Kamu ni mesti rambut pendek kan?". Aku terkejut kot sebab dia cakap macam tu. Dia dah la lelaki. Cina pulak tu. Mungkin bagi orang lain benda ni tak ada apa-apa. Tapi bagi aku, benda ni dah menyentuh privacy aku kot. Sebab benda ni dah berkaitan aurat aku. Pastu aku tanya la balik, "Kenapa pulak?" Dia cakap sambil merujuk kepada kawan sekerja aku, "Sebab dia ni ada sanggul, kamu takda." Dalam hati aku dah memang ketaq jugak lah sebab dia bercakap pasai aurat kami. Pastu dia tanya lagi, "Betul kan, kamu rambut pendek?" Aku tak jawab apa pun. Kalau aku jawab, tu bermakna aku dah bagitau dia pasal aurat aku. Mana boleh. Aku memang geram betul dengan lelaki tuh. Tapi yalah, bukan salah dia pun kan. Dia mana tau pasal benda-benda ni semua. Tapi tengok, orang lelaki akan anggap orang yang ada sanggul ni rambut panjang, dan orang yang takda sanggul ni rambut pendek. Pandai-pandai lah korang nak fikir apa pun. Kalau korang rasa benda tu takda apa-apa, teruskanlah. Kalau korang rasa benda tu satu dosa, hentikanlah.



Dan di sini, seriously aku rasa berdosa sebab aku mempromosikan tudung-tudung yang membuatkan orang lain tak tutup aurat dengan sempurna. Waktu mula-mula aku kerja, aku fikir, bila orang yang tak pakai tudung tengok dekat tudung-tudung yang ada di kedai ni cantik-cantik, mungkin akan tergerak hati mereka untuk memakai tudung. Tapi bila dah lama-lama aku kerja, aku fikir tudung ni semua singkat dan betul, aku rasa sangat berdosa. Memang ada jugak dijual tudung yang bidang besar, XL, XXL, yang aku tahu ia boleh menutup dada. Tapi tudung yang saiz S dan M lebih banyak. Jumlah tudung yang bidang besar yang dijual di situ hanya lebih kurang satu per lima dari semua tudung-tudung yang ada.

Dan akhir sekali, aku buat keputusan nak berhenti kerja. Ini alasan utama aku sebab nak berhenti kerja. Tapi takkan aku nak bagitau boss aku yang aku nak berhenti ni sebab tudungnya pendek-pendek. Orang lain takkan faham. Aku bagitau dekat family aku ja pasal ni. Aku bagi alasan pada boss dan rakan sekerja aku yang aku berhenti sebab bulan 3 ni aku sibuk dan banyak program di sekolah. Padahal boleh ja aku arrange semua tu elok-elok. Tapi takpa lah. Aku taknak lagi rasa bersalah pada Tuhan. Dia Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati hambaNya. Ampunkan aku sekiranya pilihanku untuk bekerja di sini hanya membawa kepada dosa. Ampunkan aku ya Allah.
all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.