----

Saturday, December 24, 2011

Remaja dan Negara. Ke manakah hala tuju kita?



eh eh. banyaknya sawang kat sini. dah lama aku tak bukak. tadak masa der. exam la katakan. actually banyak ja yang aku nak tulis. tapi tak tertulis lagi sebab sibuk sangat.

dua hari lepas result PMR keluar. result tahun ni terbaik kot dalam masa 4 tahun kebelakangan ni. tahniah la bebudak pmr noh. tapi dengar kata result Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam merosot. tapi junior sekolah aku cakap result BM Sekolah Menengah Kebangsaan Agama al-Irshad tahun ni semua A ja. em.. mungkin sebab graf rendah kot. eh eh. taktau lah. aku hentam ja. jangan marah naa adik-adik. hehe. tapi memang aku ucap tahniah la kat diorang semua. lulus 100%. bangga aku sebagai senior korang. :DD






jumlah 9A pun meningkat jugak daripada tahun lepas. 73 orang kot. cess. lawan tahun aku ! tahun aku 72 ja. hmm.. boleh la. lebih sorang ja. ahah. pengetua tak payah nak risau dah la. mesti beliau risau tunggu result SPM kami pulak. gila woi. tengah dok countdown hari nak ambik result ja nih. uhhu. doakan aku yep. hehe. ah.

cerita pasal SPM pulak. tadi aku singgah kedai mamak roti canai tu. baca la surat khabar Metro. tajuk muka depan, lebih kurang macam ni la :

' Jadi GRO Selepas Peperiksaan SPM'.


erk. tersedu aku baca tuh. gila kot. mak aku cakap, sapa tak mau, seminggu RM1000 gaji. haha. gila. macam mana negara nak maju kalau semua budak-budak lepasan spm semua kerja macam tu. sabaq ja lah. malu gila kot. bangsa asing masuk Malaysia tengok rakyat dia macam tu. tak ke teruk pandangan diorang kat negara Malaysia tercinta ni.

cakap negara Islam. tapi tak melambangkan seperti apa yang dicakap. Islam hanya sekadar di nama. tapi tak melaksanakan Islam yang sempurna. MasyaAllah. ampunkan dosa-dosa kami ya Allah. kalau undang-undang negara ni memang betul-betul ketat, aku jamin la, takkan berlaku punya masalah-masalah sosial dalam kalangan budak-budak muda ni. tapi, apa yang berlaku sekarang? di mana hala tuju negara Malaysia sebenarnya? dengan pengaruh-pengaruh Barat yang memang tahap taktau nak cakap, memang aku pun speechless lah.

Saiyidina Ali ada berkata : Masa depan sesebuah negara itu dilihat pada remaja yang ada pada masa sekarang. see? kalau elok ramaja sekarang ni, maka akan terjaminlah masa depan negaranya. hmm.. macam mana dengan ramaja di Malaysia sekarang? macam mana pulak masa depan Malaysia? jawab sendiri la bro !!




rakyat Malaysia ni tak sedar bahawa diri kita ni dijajah sebenarnya. bukan dari aspek fizikal, tapi dari segi pemikiran dan budaya. kalau nak cakap bab ni, memang sampai esok pun aku tak habis tulis.

cuba kita fikir balik. zaman dulu dengan zaman sekarang. jenayah ada di mana-mana sekarang ni. kalau dulu ka, si gadis jalan sorang-sorang time malam-malam pun takda sapa nak kacau. kalau sekarang buat gheja macam tu, umphh.. alamatnya, tak jumpak jalan balik rumah laa.. kalau dulu, adab dalam bergaul memang cukup terjaga. nak bersembang lelaki perempuan pun cukup payah. malu punya pasai. sekarang ni, mana hilangnya perasaan malu dalam kalangan remaja? hilang ditelan masa. siapa yang salah?

huh. bagi aku kan, kalau nak kira sapa yang salah, semua orang kita nak salahkan, betul tak? kita tak sedar kesalahan sendiri. kesalahan orang memang senang kita nak cari. tak payah cari pun, memang sah sah nampak. manusia memang macam tu kan?

cuba kita salahkan diri sendiri tengok. muhasabah balik. mesti lagi banyak kita nampak kesalahan kita kalau kita kembali pada Tuhan kan? tapi, berapa orang sangat yang akan buat macam tu? kalau bukan kita, siapa lagi? siapa lagi yang boleh mengubah negara ni kalau bukan kita? ayuh, bangkitlah !

all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.