----

Tuesday, December 10, 2013

Hujan



Sahabatku memandang ke langit lantas memegang erat pemegang untuk menutup jendela. Namun aku menghalang atas alasan bumi masih belum menangis. Hanya menunjukkan tanda-tanda hibanya.
Aku ingin biarkan rahmat Tuhan bersepoi-sepoi menjengah ke dalam bilik. 

Aku turut memandang ke langit. Memikirkan betapa hebatnya ciptaan Tuhan menjadikan bumbung tanpa tiang. Mana ada manusia yang mampu melakukan itu. Namun masih lagi tidak mahu tunduk pada kuasaNya.

Langit di hujung sana masih lagi cerah. Adakah masa depanku secerah itu? Atau masih gelap seperti di sini. Aku masih belum pasti.

Hujan turun setitis demi setitis membasahi bumi. Adakah ini jawapannya? Aku harapkan tidak. Namun hujan seakan tidak mahu berhenti.

Saturday, August 3, 2013

Luka dosa.

gambar sumber google.


Kenapa kita tak rasa sakit pun kalau kita tak perasan ada luka kat tangan?

Kadang-kadang luka tu sampai berdarah pun kita tak rasa apa-apa.

Tapi lepas kita dah nampak luka tu, baru la terasa sakit.

Macam tu juga dengan dosa.

Kalau kita tak sedar pun yang kita dah buat dosa,

mesti kita tak rasa apa-apa.

Padahal mungkin dosa tu dah teruk dah.

Oleh itu, rajin-rajin lah minta ampunan dari Allah.

Takut-takut banyak sangat dosa yang kita buat yang kita tak perasan.

Allah itu Maha Pengampun.

Walaupun dosa sebesar mana yang kita lakukan, Allah akan memaafkannya,

selagi kita benar-banar ikhlas kepadaNya.

InshaAllah.


26 Ramadhan 1434H

Friday, June 14, 2013

Cuti yang penuh Warna

Three weeks ago, sebelum balik rumah, kami singgah ke kedai makan. Tapi yang 'spoil'nya masuk masuk kedai makan tu terpampang poster "Keluarga Kami Pengundi **". Mula-mula tu aku dengan Mak ja masuk, kami dah teragak-agak dah nak makan situ ke tak.
Pastu Abah mai mai terus kata,
 "Emphhh.. jom cari tang lain lah."

Bukan apa, you know that feeling bila nak makan tu.. Aigoo, susah nak digambarkan dengan kata-kata. Bukannya means diorang tu masak tak elok ka, just... yeah.. that.. emmm.. whatever lah.

Di sini aku rasa tak perlu kot nak bagitau semua orang keluarga hang tu undi apa. Tak kisah la kan. Tapi agak-agak ah. Hang bukak kedai makan kot. Nak bubuh sangat, haa bubuh kat pintu pagar rumah hang tu. Tak dak sapa nak kata apa.

Aigoo macam-macam la kerenah manusia bila time pilihanraya ni. Takpa lah, pilihanraya pun dah selesai semua. Yang bestnya tambang bas naik 30%. Memang syok!


****


 "Cuti yang penuh warna". Tapi bukan semua warna tu cerah. Ada juga warna yang gelap.

Yang sedihnya, aku jumpa doktor, then he give me a lot of  'sweets'. That means starting from that day onwards aku kena makan ubat! Oh what the fishcake! Sabar ja laaa.. Kau tahu siapa yang suka makan ubat?! Phew~



****


When talk about my semester break, (haha bajet, bajet..) macam-macam events berlaku kat rumah aku ni. Memang aku setuju lah dengan ungkapan "Rumahku Syurgaku". There's no other place like home, right? Sungguh, semua orang akan teruja bila nak balik rumah. 

Disebabkan cuti kali ni sama dengan cuti sekolah, so semua adik-beradik aku berkumpul kat rumah. Seronok gila. Meriah dengan kehadiran anak-anak saudara aku yang tiga orang tuh.

Hanan, Zubayr, 'Ulya (gambar ni Hanan dengan 'Ulya kecik lagi :)


'Ulya yang paling rapat dengan aku. Maybe sebab dia dah besar sikit kot. Kadang-kadang tidur dengan aku. Ditolaknya aku ke tepi. Sabar ja lah dengan budak kecik ni. Haha. Dah pandai cakap. Macam-macam dia tahu. Uminya nak dia jadi doktor. Amin :)

Hanan pulak asyik nak lari ja kalau nampak aku. Takut kot tengok muka maksu dia yang macam jembalang ni. Hahaha. Sabar ja lah. Time dia tidur tu, aku cubit-cubit pipi dia.. haaa.. geram sangat.. haha. Time jaga tak boleh main dengan dia, haa time dia tidur, nahas aku kerjakan. Haha (patut la dia takut kat aku -.-). Moga jadi seorang yang berani! :)

Zubayr handsome sangat... Eee geram.. Tak sabar nak tengok dia besar macam mana. Kuning dia tak sembuh sepenuhnya lagi. Haritu teman Uminya bawa jumpa ustaz kat masjid. Ramai orang Aminkan doa ustaz. Moga jadi Mujahid yang hebat :)


Buat Birthday Party kat Husna 'Ulya. Dia dah cukup dua tahun 5th June haritu. Hehe. Setelah lebih 10 tahun takda birthday party kat rumah aku, akhirnya pada tahun 2013 terukir sejarah wujudnya birthday party. Kahkah. Dahsyat betul. Yang syoknya, time party ni, banyak sangat makanan! Haha seronok betul aku! Keke. Cadangnya, aku beli spaghetti ni sebab aku nak try masak, last last Umi Husna dengan Mak aku yang masak. Kahkah. Sodap gilo you know? :P




" HAPPY BIRTHDAY HUSNA 'ULYA!!!! WE LOVE YOU!! "




****


See? Cuti aku penuh warna kan? :D


***

Friday, June 7, 2013

Kau bila lagi?



Ya, mereka berubah. Bukan ke arah kegelapan, tapi ke arah cahaya.

Alhamdulillah.

Tak perlu terkejut dengan perubahan.

Itu bermakna Allah sentiasa menjaganya.

Usah risau.

Itu bermakna perjalanannya diredhai.

Alhamdulillah.

Bagaimana dengan kau yang masih terkinja-kinja di sini?

Bila lagi kalau bukan sekarang?

Saturday, April 6, 2013

Jong Suk, RM, Teen Top

"Its only pretty if you take a look at it closely. You have to look at it for a long time to realize that it is lovely. You to, are like that." -Lee Jong Suk (School 2013).



Haha aku punya la excited bila dia cakap macam tu. haih. Best kot School 2013. Mungkin aku rasa best jugak sebab aku pun budak jahat kat sekolah dulu. Haha. Kalau budak baik-baik yang tengok cerita ni mesti macam, "Ish apa lah.. Jahatnya.." haha. Tapi memang pun, watak Kwak Jung Wook dalam tu kuang ajaq kot.

Tapi aku tak tengok habis lagi. Tak sempat ah. Dah la exam. Banyak gila kot kerja nak kena buat.

Running Man hari tu gabungan Jong Suk, Woo Bin, Jong Hyun memang daebak gila! Aku tersangatsangatsangatsangat lah teruja!!! Terbaik ah! Seriously, gabungan yang mantap! >.<

Dan aku nak share satu benda nih;

Neil eats alone, members complain! :P
 
 



Seems like Niel is on fire for eating alone?

Niel posted a selca on his twitter account and wrote, 
" Here to eat alone~~~ ㅎ Eating alone is also good~~".

However, soon afterwards, Teen Top members agitated and mentioned him on twitter. 
L.Joe commented, "Ah how about meㅡㅡ!!!!", in which he replied, "Why would I eat with you hyung... ㅡㅡ;;" 
 
It doesn't end there. Chunji also tweeted him, "You must not leave hyungs and eat alone..." in which Niel cutely replied, "You're in my heart hyung".


Source: here



Haha. Aku pun tak paham kenapa tetiba aku post pasal ni. Maybe sebab aku excited kot. Haha ntah apa-apa ntah.. K bai. Oh satu lagi, tadi ada budak Chinese tu lalu...dan...comel.

Saturday, March 30, 2013

Orang Tua

Langkah dihayun selaju mungkin. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 10.35 malam. Sepatutnya jam 10 kami sudah patut sampai di kampus sedangkan kami masih berada di Mid Valley ketika ini. Kelihatan hampir semua booth sudah pun ditutup, termasuklah booth Blackberry yang sebelumnya merupakan booth Sony. Terasa galau hati kerana hajat hendak membeli telefon bimbit Sony idaman masih belum tercapai. Tidak mengapa, suatu hari nanti pasti ianya berada di dalam genggamanku.

Tiba-tiba mataku menangkap sesuatu figure yang menyebabkan aku tersentap. Seorang uncle tua yang badannya kelihatan bongkok sedikit dan kepalanya beruban, sedang menolak trolley AEON. Sepertinya dia sedang menuju ke pintu keluar bangunan Mid Valley tersebut. Langkahnya begitu perlahan sekali.

"Weh tengok la pak cik tu.."

"Pi la tolong dia Zam.."

"Wei.. Jangan suruh aku.."

"Mana anak dia.. Tak mungkin la dia mai sorang beli barang banyak-banyak macam tu.."

"Nadya, p la tolong.."

"Weh kesian gile.."

gambar hiasan


Lastly, kami end up dengan tak tolong pun uncle tu. Setelah kami berjalan keluar dan beratur menunggu teksi, kami sama-sama memandang uncle tersebut. Kelihatan dia memanggil dua orang foreigner yang sedang berjalan di sebelahnya. Setelah sedikit perbualan berlaku, dua orang foreigner itu pun berlalu keluar dan beratur di belakang kami.

"Cuba dengar depa cakap apa"

"Sat, sat aku try dengaq... Apa weh.. Tak paham langsung.."

"Bukan English ka?

"Bukan, pelik aih. Jerman ka apa aku pun taktau. Entah entah Vietnam."

"Hahaha Veitnam? Mengarut aih.."

"Entah entah pak cik tu mintak pinjam handphone.. Nak call anak dia."

"Tu la.. tapi depa ni tak paham English."

Macam-macam prediction kami buat. Namun tidak pula ada usaha antara kami hendak menolong. Yeah, that's our bad. Uncle, forgive us for not helping you. Hmmm..

Kelihatan uncle itu seperti mencari sesuatu di dalam bungkusan-bungkusan beg plastik di dalam tolley yang ditolaknya tadi. Lama juga dia tercari-cari. Akhirnya dia mencapai sebotol minuman Coke lantas meminumnya. Walaupun kami hanya melihat dari jauh, masih jelas kelihatan tangannya terketar-ketar memegang botol Coke tersebut.

"Lah.. Pak cik.. Kenapa tak minum air mineral.."

 Selepas itu dia meletakkan sesuatu di atas meja berdekatan tempat dia berdiri. Lalu dia menunduk,  dan memakan benda yang diletakkan di atas meja tersebut. Setelah itu diteguknya lagi Coke tersebut.

"Wei.. Kenapa pak cik tu makan macam tu.."

"Pak cik tu makan ubat kot.."

"Tapi kenapa minum Coke.. haila.. "

Orang yang lau lalang di situ hanya memandang. Dan, kami di antaranya.

Dan turn kami untuk menaiki teksi pun tiba. Kami menyusun barang di dalam bonet kereta. Dan teksi bergerak dengan laju menuju ke kampus, mungkinkah kami bakal disaman? Di dalam teksi, semuanya senyap. Mungkin fikiran masing-masing masih berada bersama uncle tadi.

"Macam mana la kita tua-tua nanti..."

"Sempat ka kita tua?"

...


Thursday, February 14, 2013

Impian tak kesampaian, pasti ada Hikmah.

Memang betullah, minat adalah satu benda yang penting dalam melakukan sesuatu perkara.

Boleh dikatakan setiap hari dia akan berjalan di depan studio pelajar architecture. Setiap kali kaki melangkah, mata hanya mampu ditundukkan ke bumi. Rasanya tak sanggup nak melihat apa yang ada di dalam studio berhawa dingin itu. Sekilas, kelihatan arkitek-arkitek tekun memegang alat tulis, melukis ntah apa di atas papan yang besar. Namun apakan daya, dia sudah 'ter'masuk dalam bidang lain yang tak pernah terdetik sekali pun mahu belajar dalam bidang itu.

***

"Ada anak kawan, habis saja belajar terus dapat kerja."

Telinganya menangkap perbualan abi dan umi.

"Sekarang ni banyak doktor yang diperlukan. Memang senang la nak dapat kerja."

"Kerja memang la sedang dapat, nak belajar tu yang susahnya."

"Belajar susah. Sebab tu la gaji dapat banyak."

"Takpa lah. Tunggu Husna."

Tiba-tiba anak matanya terasa berair. Rasa seperti dirinya tidak dapat menunaikan hajat ibu dan ayah. Maaf.. Saya tak mampu..

***

Wajahnya didongakkan ke langit. Tadinya, ibu dan ayah menghantarnya di stesen bas. Sambil wajah tersenyum manis, terselit sejuta makna.

Anak matanya berair lagi.
all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.