----

Tuesday, December 10, 2013

Hujan



Sahabatku memandang ke langit lantas memegang erat pemegang untuk menutup jendela. Namun aku menghalang atas alasan bumi masih belum menangis. Hanya menunjukkan tanda-tanda hibanya.
Aku ingin biarkan rahmat Tuhan bersepoi-sepoi menjengah ke dalam bilik. 

Aku turut memandang ke langit. Memikirkan betapa hebatnya ciptaan Tuhan menjadikan bumbung tanpa tiang. Mana ada manusia yang mampu melakukan itu. Namun masih lagi tidak mahu tunduk pada kuasaNya.

Langit di hujung sana masih lagi cerah. Adakah masa depanku secerah itu? Atau masih gelap seperti di sini. Aku masih belum pasti.

Hujan turun setitis demi setitis membasahi bumi. Adakah ini jawapannya? Aku harapkan tidak. Namun hujan seakan tidak mahu berhenti.

all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.