----

Saturday, February 19, 2011

Masa ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita.


hari tu, ustazah Aeida (guru baru yg mengajar bahasa arab:) ada cerita kisah beliau sewaktu di Iskandariah. beliau dan 14 orang pelajar lain merupakan pelajar pertama dari Malaysia yang menuntut di sana. dah 20 tahun yang lalu. ustazah cerita memang sangat memberi motivasi. untuk akulah.. untuk orang lain tu aku tak tau lah. ehhe.

ceritanya bermula apabila,

beliau menerima surat tawaran untuk belajar di sana. belaiau terus setuju. ibu dan ayah ustazah sangat gembira lah. lagipun diorang yang support semua disebabkan mereka adalah batch pertama dari malaysia yang menjejakkan kaki di sana.

sesampainya mereka di kolej tuh (cawangan universiti al-azhar kot kalau tak silap), ustazah terus berkata ; MasyaAllah.. beginikah tempatnya. menurut ustazah, tempat tersebut memang sangat teruk. tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. time tu pihak universiti tengah on the way untuk siapkan bangunan yang lebih elok. ustazah cakap, "memang macam reban ayam lah. tak tak, bukan reban ayam, kandang kambing lah besar sikit" haha. kami gelak betol. yang si anas tuh gelak sungguh-sungguh punya. sampai ustazah gelak balik kat dia bila tengok dia gelak. haha. ayat tak betoi dah. hmm..

ustazah sambung lagi,

"tapi ustazah bersyukur lah sebab ustazah berjaya jugak sampai jadi macam ni sekarang. macam mana ustazah berjaya? ustazah tak pernah mengeluh. ustazah cuba jugak untuk lulus dalam exam masa dekat sana. sebabnya kalau kita lulus exam tu, baru lah diorang akan tanggung semua kos pembelajaran kita."

ustazah cakap,

"masa mula tu, ustazah fikir jugak, memandangkan macam ni lah tempatnya, boleh tak aku terus belajar nih? kalau nak patah balik, takut malu dekat mak pulak. haha" ustazah ni,, boleh buat lawak lagi. haha. i like betol. :)

ustazah kata lagi,

"kita ni tak boleh la merungut-merungut sangat. jangan mengeluh. Allah dah bagi masa kat kita 24 jam. cuma kita ja yang nak kena manage masa tu elok-elok. Allah tau makhlukNya cukup dengan masa yang Dia berikan. kita ni ja. tak sedar yang Allah dah bagi semua. walaupun bagi ustazah, hidup dekat Iskandariah dulu memang cukup payah. dah la 14 subjek semua. kamu tau ustazah dan kawan-kawan ustazah buat macam mana nak cover semua subjek tu? kami bahagi lah. kami kan ada 14 orang, kami bahagi seorang satu mata pelajaran. pastu kami akan duduk lah bincang. setiap orang akan dapat macam mana yang seorang-seorang tu dapat. lastly, semua 14 orang kami lulus dalam exam tu"

aku pun bermonolog lah dalam hati,, ish ish. ustazah ni style betul! dah la cantik. anak beliau comel comel belaka. pandai pulak tuh. suami ustazah pun cikgu jugak. jumpa dekat sana. ahha. ustazah yang cerita okay.. haha.

aku pun monolog lagi,, selama ni aku dah banyak mengeluh. "Ya Tuhan, ampunkan aku. aku tidak pandai bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan."

:') terima kasih kerana menyedarkan aku.
all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.