----

Monday, September 13, 2010

think about it!

lebih kurang satu jam yang lalu,, aku baru balik dari rumah kenduri jiran aku. kenduri tahlil. tuan rumah panggil orang masjid lepas asar untuk baca tahlil buat Allahyarham dan Allahyarhamah ayah serta ibunya yang telah meninggal 5 tahun lepas. oh! anak yang solehah. walaupun ayah dan ibu dia dah meninggal lama,, dia tetap ingin berdoa untuk mereka. semoga aku akan menjadi seperti itu suatu hari nanti. tapi sebelum tu,, boleh tak kalau aku nak mintak doa - Ya Allah,, matikanlah aku sebelum Engkau matikan kedua orang tua ku. rasanya aku tidak mampu hidup tanpa mereka. walaupun semestinya kita tidak boleh menentukan semua ini dan kita memang tak tahu bila Allah akan mencabut nyawa kita. cuba fikir balik.




adakah amalan yang sedikit ini yang kau akan bawa bertemuNya? apa kau tidak merasa malu? sekarang ini umur kau baru 16 tahun. namun, betapa banyak dosa yang kau telah lakukan?

kau bilang kau mahu mendambakan cintaNya. bagaimana pula dengan amalanmu. cukupkah untuk kau meraih cintaNya. solatmu bagaimana? wudhu'mu sempurnakah? kewajipanmu sebagai seorang anak sudah terlaksanakah? amanahmu telah kau jalankan dengan sempurna? fikirkannya kembali wahai manusia.

adakah nanti bumi mahu menerimamu untuk tinggal di dalamnya? memang. memang semua manusia pasti melakukan kesilapan. namun, apakah kesilapan itu telah diampunkan? cuba kau berfikir sejenak..

zaman sekarang ini, ramai yang sering berdoa kepada Allah. namun doa apa yang dipinta? kebanyakan manusia sekarang lebih banyak berdoa untuk kejayaan mereka, bukan untuk mendapan keampunan Allah. cuba enkau berfikir. berfikir sejenak itu kan baik.

berapa ramai sahaja yang menangis kerana menyesali perbuatannya? kebanyakan orang lebih erap menangis apabila berfikir tentang ibu ayah. tentang tanggungjawabnya kepada ibu ayah. namun bagaimana dengan tanggungjawab terhadap Pencipta Yang Esa? memang tidak salah untuk menangis untuk kedua ibu ayah. namun apalah salahnya kalau menangis kerana menyesali perbuatan dosa? bukankah itu lebih digalakkan?


ayuh,, bangkitlah. walau diri ini tidak sesempurna mana. namun tidak salah kalau kita berusaha menjadi sempurna walaupun kita tetap tidak akan mencapainya.

shoot for the moon, even if you fail, you'll land among the stars. ^^
all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.