----

Thursday, September 9, 2010

RAYA esok ?? ^^

aduhaii..
cepat sangat masa berlalu..
rasa macam baru kelmarin puasa.
haishh..
ni tanda2 kecil kiamat ni.
masa terasa berlalu dengan cepat.
macam mana ni?
dah la amalan tak cukup lagi nak bawa mati.
apa pun,, mati itu tetap akan berlaku.
cuma kita tak tahu bila dan dimana.
Semoga kita semua bertemu Allah dalam keadaan beriman.
Amin ya Rabb.

eh2,,
melencong pulak..
bukan aku nak cakap pasal raya ka tadi?
alahai =_="
oke2..
berbalik kepada topik asal,,
acewah,, macam hebat~ ahah!

===============================================================

aku, Mak, Abah, Kak Eyda, Tok. baru habis buka puasa. tengah tunggu nak tengok berita. heh. *sejak bila aku tengok berita neh? bagus2. satu peningkatan. HAHA :P

"Di bawah titah perintah Duli yang maha agung raja-raja. Dengan ini diumumkan, tarikh bagi Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat, 10 September 2010. Sekian terima kasih."


pastu tetiba Abah cakap, "Dia ni ja la yang duk buat pengumuman. Tak dak orang nak ganti dia kut."

haha. Abah ni lawak la.. aku senyum ja la. heee:) pastu kami tengok berita. ada orang sambut raya kelmarin! orang tu duduk kat perlis. parah gila. ada jugak orang camtu. orang puasa dua hari lagi. depa dah raya dah. satu family buat gheja macam tu. ada patut?? padahal isteri pakai tudung labuh. si ayah dan si anak lelaki dia pakai serban siot. gila ka pa. Mak aku pun cakap depa ni gila. memang patut pun depa kena tahan. hah. ada pengikut pulak tu. masa diorang kena tangkap tu,, penuh satu van polis depa saja. bolehh..~ pemberita tu cakap, depa ni Jamaah Al-Zikri Awwalun, fahaman Indonesia. ajaran macam ni dah lama bertapak dekat Indonesia. Na'uzubillah! semoga kita dijauhi dari ajaran sesat lagi menyesatkan. depa tu bagitau yang ajaran tu dah lama bertapak dekat perlis, sejak 1990 lagi. ish2.. orang semua sibuk nak kejar lailatul qadr,, yang depa dah raya dah! cam lawak pun ada. yang si ayah siap dipanggil Ustaz lagi. aku dah lupa nama pa 'ustaz' tu. diorang semua ditangkap semasa serbuan oleh Jabatan Agama Islam Perlis kat surau. depa sempat sembahyang + khutbah raya lagi. pengarah JAISP tu kata semoga ini menjadi satu pengajaran buat kita. amin. haish! parah parah! =_="!

=============================================================================

hah. sudah. tu gheja depa. malas nak masuk campur. ahah. hmmm.. tadi baru lepas tolong Mak buat laksa. tolong buang tulang ikan. perghh.. dah la ikan rebus. panas2 lagi. nasib baik masuk besen, kalau tak memang dah lama masuk mulut. ngee~ nampak scrumptious gila. my stomach memang growling la tadi. nasib baik iman kuat lagi. ahaks! tak sabar nak tunggu esok neh. boleh tak aku nak kira jam. hehe.. macam budak2. heh. memang aku budak2 lagi. tak masuk 16 lagi. ekeke :P Kak Eda tumbuk isi ikan tuh. amboi2.. senangnya gheja dia.. tak pa.. dimaafkan.. sebab dia dah mop lantai kat ruang tamu tadi. aku tolong tengok ja. hakhak XP Mak pulak balut ketupat tadi. tahun ni aku tak kacau Mak la pulak. selalunya aku p kacau. p tolong susun2 ketupat yang dah dibalut tu,, p tolong bagi daun palas kat Mak. tolong balut dak pun. haha. kalau aku balut nanti takut ketupat tu jadi comel sangat. HAHAHA. aku tak reti buat besar2. kecil2 comel2 aku reti la. agagaga ;D


kelmarin buat kueh raya. orang dah buat sekerat dah,, baru aku p tolong. haha. PEMALAS! takpa. at lease aku tolong gak. kira oke la tu. haha. malas nak upload gambar. esok raya ja lah aku upload yer.. :) oke lah.



pandu cermat, jiwa selamat.
Selamat Hari Raya!! :DD
all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.