----

Friday, September 24, 2010

terima kasih atas ujianMu ini. :)

demam oh demam. demam maknanya tak sihat. tak sihat maknanya Allah bagi ujian. Allah bagi ujian maknanya Allah sayangkan kita. terima kasih Allah kerana masih sayangkan hamba yang hina ini.

adehh~ demam start hari isnin lagi. malam tu hujan. balik2 hostel memang sejuk tahap gaban~ terus ambil selimut dan berusaha melangkahkan kaki menuju ke dorm Kekatu. mesti orang pelik kan,, demam2 pun nk p tidur dorm orang lain jugak? tido bilik sendiri dah la. oh. tak boleh.. kalau aku tido dorm Gamat uh,, lagi bertambah tambah tambah demam la aku dibuatnya. dengan form 5 yang study non-stop. bukannya aku cakap salah study tu. memang bagus. tapi tau2 ja lah aku ni. aku bukannya kaki kuat study. aku dah la gila2,, suka buat bising,, nak suruh aku tidur dorm sunyi sepi?? oh tidak. never. masa awal2 tukar dorm tu,, aku boleh tahan lagi. manjang nampak muka aku jak kat dorm. skunk ni,, bayang aku kat dorm pn tak nmpak dah. maaf yer dorm G. kami tak bole duduk situ lama2 la. tension. heh. bukannya tak suka,, cuma tak rasa free jak. lain la dorm Kekatu uh. memang tak penah senyap kot~ haha. sapa yang tak kenal kami tuh,, memang akan rasa kami ni terok and what so eva. tapi kalau sapa yang dh kenal kami,, memang rasa nak kawan ngn kami taw~~ haha. mmg la kami ni teruk,, tapi seteruk2 kami pun,, tak penah mencuri lg. HAHA. *bengong~






berbalik kepada demam,,
birthday yg disambut pada 22 Sept tiap2 tahun menjadi lain pada tahun ini. hahah. err,,disambut?? takdak lah. tak disambut pn sebenarnya. biasa2 ja. kek pn tada. tak kesa pn. yang lainnya tahun ni,, aku demam dehh.

hari selasa tu,, aku p mintak sain cikgu Sabri sebab nak balik. tengok2 dia takda kat pejabat. aku tak larat nak cari cikgu len dah,, aku balik camtu je lah. minta maaf sekali lagi cikgu. adehh~ time raya hari tu dah mntak maaf,, kali ni kena mintak maaf len la nmpaknya. segan dah aih.. hehe. sori ya cikgu.

hmm.. cakap pasal demam ni,, teringat masa Rasulullah SAW demam. :'(

DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika Baginda sakit, lalu kusentuh Baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”

Jawab Baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.”

Aku berkata: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”

Balas Baginda: “Semoga!” Kemudian sabda Baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin menjadi ‘kaffarah’ (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)




Ya Allah,, jika dugaan ini menjadi penghapus kepada dosa-dosaku yang sebelum ini, aku terima ya Allah. Terima kasih wahai Tuhan. ^^
all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.