----

Friday, July 23, 2010

sedikit daripada : MENGINTAI.CINTA.KHALIFAH

Dia memandang kad jemputan kahwin Laila dan Izani. Ya, hari ini Laila dan Izani selamat dikahwinkan. Dia tidak menyangka Laila akan menberi kad jemputan kepadanya. Dia yakin Laila melakukannya untuk menunjukkan pendiriannya. Dia tahu itu satu sindiran.

'Aduh'

hati Imran mengeluh.dian memandang jam dan waktu kian melangkah ke Jauful-lail dan dia masih bekedip-kedip dalam pembaringanmemandang siling bilik tidur dengan hati yang bersepah. Ada kusut dan rencam sedang merusuh hatinya. Dia meletakkan tangan kanan di atas dahi sambil nuraninya berwarawiri mencari ketenangan. dalam kesibukan bekerja, persoalan cinta tetap menggamit jiwa. Sudah lumrah yang bernama manusia akan dibelit sejenis perasaan mahu mencintai dan dicintai.

'Tuhan, apakah ini? Satu ujian? Hukuman atau teguran?' Diam dan tidak mengerti.

Dia memandang diari kusam yang tercatat catatan rindunya semasa berada di Mesir. Hasrat untuk memberikan diari itu kepada Laila sudah dimatikan. Sesekali dia tefikir untuk membakarnya sahaja. namun hatinya masih belum mampu melepaskan semua isi catatan itu.

'Tuhan, aku sedang bertafakur padaMu dalam kerusuhan batinku yang kian menggila. aku insan yang tidak bisa memagar alur emosi batinku yang kian menggila. aku insan yang tidak bisa memagar alur emosi yang bercerakah dalam kolong jiwaku. aku sudah dikepung buta dan pekak untuk memandang atau mendengar penjelasan. namun aku benar-benar butuh penjelasan.'

dia memejamkan mata dan cuba menarik akal waras supaya terbuai ke alam mimpi. namun emosinya bergeladak sebak. Rasa berang bagai air yang tertumpah-tumpah dari tubir bekas yang bergoyanggoyang. melecak dan memencar!

'Jangan gusar wahai hati. Masih ingatkah kamu pada pesanan agama?' dia cuba memujuk sendiri. Wajah rakan datang bertindih, muncul dan hilang bergantian. Wajah guru-guru dan mualim turun bergentayangan sehingga wajah Mustofa muncul dan tersenyum.

"Mengertilah bahawa agama itu satu jalan yang bersifat merungkai dan menyelamat. ia diperlukan waktu santai daan amat-amat bermanfaat pada waktu tegang. sudah pasti waktu kamu dibelit kebuntuan dan kesuntukan, hanya ada satu kuasa sahaja yang bisa meleburkan kebuntuan itu. itulah Allah. mohonlah bantuan menerisi sikap sabar dan bangunlah bersolat. insyaallah dia mampu keluarkan dirimu dari kebuntuan itu"

dialog yang pernah terakan dalam memorinya muncul lagi saat hatinya sedang runtuh dilanggar badai kecewa.memang benar figura Mustofa bengitu banyak memberi kekuatan dalam jiwanya yang sedang pecah dan hancur.

"ya imran, kemarahan berpunca dari kekecewaan, dan kekecewaan berpunca dari ketidakpuasan hati menerima sesuatu ketentuan. atau boleh dianggap kekecewaan itu lahir apabila kita cuba menolak takdir yang tersurat."

"ya mustofa, bukan mudah menerima takdir yang besar. apatahlagi menerima hakikat yang kita kehilangan sesuatu yang berharga"

"imran, kamu sudah tersilap menilai sesuatu. sesungguhnya kita tidak pernah memiliki apa-apa, bagaimana kita perlu merasa kehilangan sesuatu? adakah kamu memahami bahawa segala yang ada di dunia ini hanya pinjaman, sebaghai modal untuk membuat bekal di akhirat. adakah kamu mengerti?"


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




ohh>> xabeh tulih g. tp da kasi balik kat kawan aku.. huhuk. its ok lah. credit to nur atikah azmi (budak baru 4AR,, zuk ngan ayu cakap muka dia cam muka aku. ahah. tapi dia baik lagi la.. heh.) hmm.. novel ni agak best. bole tahan. karya A. Ubaidillah Alias. tahniah2 :) tapi kalau jalan cerita lebih cepat,, emm,, maybe lebih bagos kot.? upss,, hanya memberi komen yaa..
penah juga TERbaca novel A. Ubaidillah Alias. tajuk,, Warkah Cinta Berbau Syurga. islamic of course. i like. :) novelnya mendidik. bagus untuk remaja. aaa.. aku komen jep. buat cam bagos. haha. sori~ wataknya WARDAH.






oh,, nyampah i.. x pasai kawan aku sowang uh perasan. kambang siot. haha.. bagi p la.. :)


oh! btw,, HAPPY BIRTHDAY to NADHRATUL WARDAH BT MOHD ADNAN. bangga bila aku jadik owang fez yang wish kt dia. ohhh.. ;P depa dok sembang2 sangat,, aku wish la dulu. HAHA. owang second aina,, third dikongsi oleh ceqot dan zuk. hah. berebut la ampa. janji aku first. malaih~~ :DD suda ku kasi adiah KEYchain biru chumil tu.. aduh,, sayang la plak bila bagi mendalah tu kt ward. haha. jahat betoi. tapa2.. aku bagi ikhlas aih. dunt worry :)
alahai,, dah melalut kot lain dah ni. bantai ja lah. hee:))


ward!! lol :))
all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.