----

Saturday, March 30, 2013

Orang Tua

Langkah dihayun selaju mungkin. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 10.35 malam. Sepatutnya jam 10 kami sudah patut sampai di kampus sedangkan kami masih berada di Mid Valley ketika ini. Kelihatan hampir semua booth sudah pun ditutup, termasuklah booth Blackberry yang sebelumnya merupakan booth Sony. Terasa galau hati kerana hajat hendak membeli telefon bimbit Sony idaman masih belum tercapai. Tidak mengapa, suatu hari nanti pasti ianya berada di dalam genggamanku.

Tiba-tiba mataku menangkap sesuatu figure yang menyebabkan aku tersentap. Seorang uncle tua yang badannya kelihatan bongkok sedikit dan kepalanya beruban, sedang menolak trolley AEON. Sepertinya dia sedang menuju ke pintu keluar bangunan Mid Valley tersebut. Langkahnya begitu perlahan sekali.

"Weh tengok la pak cik tu.."

"Pi la tolong dia Zam.."

"Wei.. Jangan suruh aku.."

"Mana anak dia.. Tak mungkin la dia mai sorang beli barang banyak-banyak macam tu.."

"Nadya, p la tolong.."

"Weh kesian gile.."

gambar hiasan


Lastly, kami end up dengan tak tolong pun uncle tu. Setelah kami berjalan keluar dan beratur menunggu teksi, kami sama-sama memandang uncle tersebut. Kelihatan dia memanggil dua orang foreigner yang sedang berjalan di sebelahnya. Setelah sedikit perbualan berlaku, dua orang foreigner itu pun berlalu keluar dan beratur di belakang kami.

"Cuba dengar depa cakap apa"

"Sat, sat aku try dengaq... Apa weh.. Tak paham langsung.."

"Bukan English ka?

"Bukan, pelik aih. Jerman ka apa aku pun taktau. Entah entah Vietnam."

"Hahaha Veitnam? Mengarut aih.."

"Entah entah pak cik tu mintak pinjam handphone.. Nak call anak dia."

"Tu la.. tapi depa ni tak paham English."

Macam-macam prediction kami buat. Namun tidak pula ada usaha antara kami hendak menolong. Yeah, that's our bad. Uncle, forgive us for not helping you. Hmmm..

Kelihatan uncle itu seperti mencari sesuatu di dalam bungkusan-bungkusan beg plastik di dalam tolley yang ditolaknya tadi. Lama juga dia tercari-cari. Akhirnya dia mencapai sebotol minuman Coke lantas meminumnya. Walaupun kami hanya melihat dari jauh, masih jelas kelihatan tangannya terketar-ketar memegang botol Coke tersebut.

"Lah.. Pak cik.. Kenapa tak minum air mineral.."

 Selepas itu dia meletakkan sesuatu di atas meja berdekatan tempat dia berdiri. Lalu dia menunduk,  dan memakan benda yang diletakkan di atas meja tersebut. Setelah itu diteguknya lagi Coke tersebut.

"Wei.. Kenapa pak cik tu makan macam tu.."

"Pak cik tu makan ubat kot.."

"Tapi kenapa minum Coke.. haila.. "

Orang yang lau lalang di situ hanya memandang. Dan, kami di antaranya.

Dan turn kami untuk menaiki teksi pun tiba. Kami menyusun barang di dalam bonet kereta. Dan teksi bergerak dengan laju menuju ke kampus, mungkinkah kami bakal disaman? Di dalam teksi, semuanya senyap. Mungkin fikiran masing-masing masih berada bersama uncle tadi.

"Macam mana la kita tua-tua nanti..."

"Sempat ka kita tua?"

...


Thursday, February 14, 2013

Impian tak kesampaian, pasti ada Hikmah.

Memang betullah, minat adalah satu benda yang penting dalam melakukan sesuatu perkara.

Boleh dikatakan setiap hari dia akan berjalan di depan studio pelajar architecture. Setiap kali kaki melangkah, mata hanya mampu ditundukkan ke bumi. Rasanya tak sanggup nak melihat apa yang ada di dalam studio berhawa dingin itu. Sekilas, kelihatan arkitek-arkitek tekun memegang alat tulis, melukis ntah apa di atas papan yang besar. Namun apakan daya, dia sudah 'ter'masuk dalam bidang lain yang tak pernah terdetik sekali pun mahu belajar dalam bidang itu.

***

"Ada anak kawan, habis saja belajar terus dapat kerja."

Telinganya menangkap perbualan abi dan umi.

"Sekarang ni banyak doktor yang diperlukan. Memang senang la nak dapat kerja."

"Kerja memang la sedang dapat, nak belajar tu yang susahnya."

"Belajar susah. Sebab tu la gaji dapat banyak."

"Takpa lah. Tunggu Husna."

Tiba-tiba anak matanya terasa berair. Rasa seperti dirinya tidak dapat menunaikan hajat ibu dan ayah. Maaf.. Saya tak mampu..

***

Wajahnya didongakkan ke langit. Tadinya, ibu dan ayah menghantarnya di stesen bas. Sambil wajah tersenyum manis, terselit sejuta makna.

Anak matanya berair lagi.

Wednesday, October 24, 2012

Responsibilities Always Come with Rewards. TRUST HIM.

Kotak sebesar pemeluk itu terus dihempaskan ke lantai bersebelahan katil. Terasa oksigen tidak begitu sampai ke peparu menyebabkan nafasnyanya tercungap-cungap. Letih mendaki ke tingkat tiga blok asrama yang semakin kelam ditelan malam. Dalam saatnya bernafas, punggung dihenyakkan ke atas katil sambil mata memerhati teman sebiliknya. Semuanyanya sedang tekun di meja belajar sedang mentelaah pelajaran. Matanya dipejamkan. Memikirkan kembali bahawa tugasnya di situ adalah untuk menuntut ilmu. Namun bukan hanya menuntut ilmu sebenarnya. Dia diberi dua tanggungjawab. Allah telah memilihnya untuk menanggung tanggungjawab itu. Sabar duhai hati. Tiba-tiba teringat kata-kata seorang sahabat, "Orang lain hanya punya satu tanggungjawab, tapi kita di sini, punya dua tanggungjawab. So, kita kena berusaha lebih dari orang lain. Jangan jadikan tanggungjawab ini satu beban buat kita."

Terasa benar air mata mahu menitis. Mungkin sekali kerana cemburu melihat orang lain punya masa banyak untuk belajar. Sedangkan dia tidak. Padahal peperiksaan hanya tinggal tidak berapa lama saja lagi. "Diorang dah banyak study. Tapi aku ni?". Selalu ayat begini yang terdetik dalam hati. Namun sebenarnya banyak hikmah Allah jadikan keaadannya begitu.




Teringat status di Facebook sahabatnya,

"Tiap kali selesai melaksanakan tanggungjawab, aku pulang dengan keletihan.... dibuka pintu, dan ku lihat mereka juga sedang melaksanakn tanggungjawab, dengan tangan terikat pena dan buku diteliti makna.... Aku tahu, tanggungjwabku sama seperti mereka, cuma mungkin sedikit berbeza, MEREKA ADA SATU, AKU PUNYAI DUA.. namun, ku yakini, DIA bukan memilihku dengan sia-sia... ALHAMDULILLAH. RESPONSIBILITIES always come with REWARD. Trust HIM"

Tetapkanlah hatiku Ya Allah. Bantulah aku dalam segala hal. Moga apa yang aku lakukan sentiasa di dalam radhaMu, wahai Pemilik hatiku.

Thursday, May 24, 2012

Allah Ingatkan Kita sebab Allah Sayang Kita

Bismillahirrahmanirrahim

Sebenarnya dah lama aku duk teringat nak tulis pasal benda nih. Tapi tak tertulis-tulis. Nak kata sibuk, bukannya aku masuk U lagi pun hehe. Hmm tu lah pepatah Melayu kata, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Okay, mari kita mulakan. Pada tarikh 11 April 2012, berlaku gempa bumi yang berukuran 8.9 skala Richter di Acheh. Di Malaysia pun turut merasai gegaran. Seriously memang aku ketaq time tu. Tambah-tambah rumah aku dekat dengan laut. Dah la gempa waktu tsunami tahun bila eh? 2004 ke? ha, gempa time tu aku tak rasa langsung sebab aku tak ada kat rumah waktu tu. Kiranya aku ni takda pengalaman merasai gempa la kan heheh. Hah, memang macam-macam lah aku fikir time gempa kali ni. Pastu bukak TV3 mana tau kalau-kalau ada berita pasal gempa tu. Ceh tengok-tengok TV3 siap tayang drama lagi. Sempat lagi diorang. Haha. Pastu aku bukak la Awani. Ada la berita pasal gempa tu. Bagus betul Astro Awani ni, cepat dan pantas.

Hmm dipendekkan ceritanya, kira sampai malam lah family aku tak sedap duduk. Yang jiran aku tu semua pakat keluar dah dari kampung nih haha lagi laju dari kami. Kami kira kemas barang penting ja la, tapi takda la sampai keluar dari kampung kan. hikhik. Pastu time tengah malam pulak, hujan sangat lebat dengan guruh punya la kuat. Hah! Dah la aku tidur sorang-sorang dalam bilik. Macam-macam la aku fikir waktu tu. Haha.

*gambar hiasan*


Amaran tsunami pun ada dikeluarkan di Acheh dan lain-lain tempat. Pakat ramai la yang buat solat hajat, minta doa pada Allah. Hmm, waktu-waktu macam tu baru la semua orang nak ingat Tuhan. Baru la teringat nak menyesal sebab buat banyak salah pada Tuhan. Waktu lapang-lapang yang ada tak nak guna masa untuk mengingatiNya. Sedangkan Allah tu tak pernah pun lupa pada hambaNya. Kita ja yang selalu lupa pada Dia. Padahal kita tahu bahawa Dialah yang menciptakan kita.

Bukan aku nak kata tak boleh buat solat hajat waktu tu, baguslah kan minta pertolongan dari Allah. Tapi cuba kita fikir balik, kalau waktu tu Allah tak perintahkan bumi untuk buat gegaran tersebut, berapa ramai sangat yang akan ingat Allah? Berapa ramai sangat yang akan minta doa sungguh-sungguh waktu tu? Cuba kalau waktu tu adalah hari kiamat, sempatkah kita untuk bertaubat kepaNya? Tapi Allah itu Maha Pengasih, Allah beri peluang kepada kita untuk berfikir dan bermuhasabah diri. Allah sebenarnya rindu mendengar rintihan hambaNya, dalam masa yang sama, Allah beri peringatan untuk kita. Boleh saja kalau Allah taknak buat gempa bumi tu, Allah terus saja nak perintah air laut supaya buat tsunami sehingga menelan beribu-ribu nyawa manusia. Tapi tak, Allah tak buat pun macam tu. Sebab apa? Sebab Allah nak beri peringatan buat kita hamba yang sering leka dengan dunia. Padahal manusia itu sendiri tahu bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Kehidupan yang kekal adalah akhirat. Tapi manusia terus saja mengejar dunia. Mengejar wang. Mengejar pangkat. Mengejar nama. Astaghfirullahal'azim....


Baby pun bersujud, tak malukah kita?


Okay now, Alhamdulillah sebab tak berlaku kejadian tsunami. Hanyalah gempa bumi. Hah, sekarang ni pulak, berapa ramai yang ambil wudhu' then buat sujud syukur? Hmm, manusia... selalu saja lupa... selalu saja tidak bersyukur. Mari, muhasabah diri kita. Ingat, Allah ingatkan kita sebab kita selalu lupa padaNya dan Allah ingatkan kita sebab Allah sayang kita :')



all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.