----

Monday, May 18, 2015

Typical Manusia Zaman Sekarang

 


Benda kecik pun kau nak viralkan. Please la.. Banyak lagi kerja lain yang berfaedah kau boleh buat. Asyik nak buka aib orang ja. Sekali Allah buka aib kau baru kau sedar.


Tak kisah la negara tungging langgang sekali pun, janji parti aku menang. Ada aku kisah pasal negara? Janji aku dapat duit cukup.


Orang beratur punya panjang kau dari jauh datang tetiba terus masuk depan sekali, apa kes?
Pastu muka kau selamba macam tu memang tempat kau tempah dari kau kecik lagi.

 
Kalau artis or orang besar-besar pegang orang bukan muhrim kau kata takpe..alah diorang belakon je..takpe la.. budak-budak ni kecik lagi, patut kena tegur, baru sedar sikit. Tak padan dengan kecik, tak sedar diri. Mak ayah tak ajar ke.


Kau kutuk orang bukan main hebat. Memang kau takda dosa langsung dari kecik. Hati kau putih je. Dijamin masuk syurga.


Kalau orang bagi makanan free, kemain kau eh. Macam tak makan 4 tahun. Padahal orang bagi tu kt orang-orang susah, homeless. Dah minta satu tu takpe la dimaafkan..datang pulak sekali lagi. Kau ingat kitorang buat kenduri satu negara ka.


Dah makan chewing gum tu, buang la dalam tong sampah. Kau nak suruh siapa tolong kutip bekas kau ludah? Kalau suruh ayah kau kutip, kau nak?


Dah masuk tandas awam tak reti nak tekan flush? Berat sangat dah tangan tu? Kalau kat rumah kau takpa la nak membuang kat ruang tamu pun orang tak kisah.


Amboi akak, tadi ada uncle tua tu cakap dengan akak bukan main kasar akak layan dia. Sekali orang muda datang, tersengih-sengih macam kerang busuk tu dah kenapa.


Kau dah jaga kedai, kau jual barang, customer datang beli, boleh tak kau senyum sikit? Kau ingat aku nak terpikat ke kalau kau senyum?


Kau janji pukul 8.30 dah start training, pukul 9.30 baru boleh start sebab kau sorang datang lambat. Memang kau bayar masa kami ni. Kalau kat Jepun memang dah kena buang kau ni.


Pantang orang tinggal bag, tak sampai 5 minit dah lesap. Gila laju la kau. Toyol betul.


*****

Kau cakap kemain. Kau tu perfect sangat ke.. Ok fine. Memang aku tak perfect pun. Tapi sebab aku concern pasal bangsa sendiri la aku cakap cmni. Aku sedih betul la. Padahal kalau diikutkan, benda-benda ni kecik ja. Boleh ja kalau orang nak ubah. Ce disiplin sikit. Fikir pasal orang lain sama. Jangan nak selfish sangat. Disebabkan orang-orang macam ni la, Melayu tak boleh nak maju. Dipandang serong oleh bangsa lain. Tapi yela, tak semua orang Melayu macam ni. Yang bagus tu memang bagus. Aku tabik! Tapi sebab dah selalu sangat aku jumpa orang-orang macam ni, menyebabkan pandangan aku terhadap bangsa sendiri jadi rosak. Aku yakin orang lain pun mesti pernah rasa apa yang aku rasa. So, marilah kita berubah. Pfft.. krik krik. Serius serius. Kalau bukan berubah untuk bangsa, berubahlah untuk diri sendiri. "Takkan Melayu hilang di dunia". Yeahhh


Krikkk......


Wednesday, April 22, 2015

But



People might hate you for your past.
But why care about people,
when Allah is there?

But still,
how come I not care about them,
when they are my friends?

But your life does not depend on them.
So stop thinking too much.

Sometimes too many 'but'
make your life harder.

Monday, April 20, 2015

Busy


We busy doing everything
until we forget from where we come,
and to where we are going.



Sunday, July 20, 2014

Bersyukurlah, Kehidupan Sempurna.

Waaaa.. Hari ni dh masuk 22 Ramadhan 1435H. Macam mana amal? Semakin bertambah? Aigoo.. Tanya diri sendiri taktau nak jawab apa. Dah nak akhir-akhir Ramadhan ni mula la orang Melayu sibuk nak buat persiapan Raya. Padahal kalau tengok orang Islam kat Arab sibuk beribadah sebab bulan mulia ni dah nak habis. Astaghfirullah.. Teringat video Mtluthfi kahkah sumpah kelakar. Tapi still mesej sebenar dia sampai. Thumbs up!!

Yang aku nak ceritakn kat sini ialah;

Hari Jumaat lepas, kami pi Jalan Tunku Abdul Rahman. Emm okay la, aku pun mengaku la aku kalut buat persiapan raya. Haha. Takda la kalut pun kan. Saja la usha-usha tudung sikit2. Haha. kami dah nk balik dah time tu sebab semua mission dah accomplished dah (mission nak beli keperluan...lah sangat..haha). Sekali kawan aku terberhenti kat gerai jual baju kanak-kanak. Almaklumlah baru dapat anak saudara kembar. Seronoknya. Chukkae! Pastu tengah pilih-pilih kat situ datang la dua orang budak, maybe dalam umur 6-7 tahun camtu kot. Diorang datang minta sedekah dengan jual Yasin. Budak perempuan tu cakap "Bagi la sikit, mau makan". Aku ingat cam bagi je la berapa pun kan, pastu aku amek la Yasin tu. Pastu dia cakap "Yasin RM5". Erk, okay, pastu aku bagi balik Yasin tu. Haha. Kawan aku pulak dia tengah call, pastu dia tolak je la kan, pastu budak lelaki tu macam paksa gila, dia letak Yasin tu kat tangan kawan aku. Aigoo budak ni. Yela nak jual pun, tp takyah la paksa gitu. Kawan aku pun bagi la, tapi dia taknak Yasin tu. Aku perasan orang yang lalu lalang kat situ semua tengah perhati kami. Apesal doe. Haha.



Okay, itu jela cerita aku. Pfftt. Takda benda baq hang. Yang aku fikir sekarang ni, ok budak-budak tu macam mana kehidupan diorang. Rumah diorang kat mana, duduk dengan family ka camna, pastu kalau ada family, family diorang tu camna, kalau diorang yang kecik-kecik lagi macam tu dah minta sedekah, mcm mana dengan family members diorang yang lain. Ataupun kalau diorang katakan duduk kat rumah anak yatim, emm takkan la rumah anak yatim tu suruh diorang jual Yasin tepi-tepi jalan camtu. Serius aku curios gila kehidupan diorang macam mana.

Aku tak sure yang budak perempuan tu Melayu ke tak, sebab cara dia cakap macam slang bukan Melayu asli. Eh takda la orang asli kan. Kalau diorang duduk sendiri-sendiri, mana mungkin diorang dapat Yasin tu banyak-banyak nak buat jual. Aku takmau la buat andaian sendiri kan. Tapi tu lah, aku curios gila gila nak tau. Takkan nak ikut budak tu balik kot kan. Aku tak teringat pulak time tu nak tanya diorang dari mana. Salah satu sebab yang aku curios sebab si budak perempuan tu, lepas aku kasi duit tu dia terus cepat-cepat sorok bawah tudung dia. Dia sorok dulu duit tu pastu baru dia cakap yang Yasin tu RM5. Pelik gak asal yang dia nak sorok sangat. Simpan jela betul-betul kan. Hmmm..

Setakat ini sahaja penceritaan saya kali ini. Konklusinya, takda konklusi. Sebab soalan tak berjawab. Taktau lah bila nak terjawabnya. Jap, ada kot conclusion, bersyukurlah kita sebab ada family, kawan-kawan, jiran tetangga, cikgu-cikgu, walaupun mungkin tak sempurna, at least kehidupan kita terjaga. Hargailah mereka yang tersayang. Jangan lupa nikmat paling besar dalam hidup, nikmat Iman dan Islam.

K lah anyeong! Salam Ramadhan! Selamat memburu Lailatul Qadr.


(eh btw, jalan TAR tu sesak nak mampoih. pening kepala aku. k tu ja. serius bye)
all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.