Kotak sebesar pemeluk itu terus dihempaskan ke lantai bersebelahan katil. Terasa oksigen tidak begitu sampai ke peparu menyebabkan nafasnyanya tercungap-cungap. Letih mendaki ke tingkat tiga blok asrama yang semakin kelam ditelan malam. Dalam saatnya bernafas, punggung dihenyakkan ke atas katil sambil mata memerhati teman sebiliknya. Semuanyanya sedang tekun di meja belajar sedang mentelaah pelajaran. Matanya dipejamkan. Memikirkan kembali bahawa tugasnya di situ adalah untuk menuntut ilmu. Namun bukan hanya menuntut ilmu sebenarnya. Dia diberi dua tanggungjawab. Allah telah memilihnya untuk menanggung tanggungjawab itu. Sabar duhai hati. Tiba-tiba teringat kata-kata seorang sahabat, "Orang lain hanya punya satu tanggungjawab, tapi kita di sini, punya dua tanggungjawab. So, kita kena berusaha lebih dari orang lain. Jangan jadikan tanggungjawab ini satu beban buat kita."
Terasa benar air mata mahu menitis. Mungkin sekali kerana cemburu melihat orang lain punya masa banyak untuk belajar. Sedangkan dia tidak. Padahal peperiksaan hanya tinggal tidak berapa lama saja lagi. "Diorang dah banyak study. Tapi aku ni?". Selalu ayat begini yang terdetik dalam hati. Namun sebenarnya banyak hikmah Allah jadikan keaadannya begitu.
Teringat status di Facebook sahabatnya,
"Tiap kali selesai melaksanakan tanggungjawab, aku pulang dengan keletihan.... dibuka pintu, dan ku lihat mereka juga sedang melaksanakn tanggungjawab, dengan tangan terikat pena dan buku diteliti makna.... Aku tahu, tanggungjwabku sama seperti mereka, cuma mungkin sedikit berbeza, MEREKA ADA SATU, AKU PUNYAI DUA.. namun, ku yakini, DIA bukan memilihku dengan sia-sia... ALHAMDULILLAH. RESPONSIBILITIES always come with REWARD. Trust HIM"
Tetapkanlah hatiku Ya Allah. Bantulah aku dalam segala hal. Moga apa yang aku lakukan sentiasa di dalam radhaMu, wahai Pemilik hatiku.
Wednesday, October 24, 2012
Thursday, May 24, 2012
Allah Ingatkan Kita sebab Allah Sayang Kita
Bismillahirrahmanirrahim
Sebenarnya dah lama aku duk teringat nak tulis pasal benda nih. Tapi tak tertulis-tulis. Nak kata sibuk, bukannya aku masuk U lagi pun hehe. Hmm tu lah pepatah Melayu kata, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Okay, mari kita mulakan. Pada tarikh 11 April 2012, berlaku gempa bumi yang berukuran 8.9 skala Richter di Acheh. Di Malaysia pun turut merasai gegaran. Seriously memang aku ketaq time tu. Tambah-tambah rumah aku dekat dengan laut. Dah la gempa waktu tsunami tahun bila eh? 2004 ke? ha, gempa time tu aku tak rasa langsung sebab aku tak ada kat rumah waktu tu. Kiranya aku ni takda pengalaman merasai gempa la kan heheh. Hah, memang macam-macam lah aku fikir time gempa kali ni. Pastu bukak TV3 mana tau kalau-kalau ada berita pasal gempa tu. Ceh tengok-tengok TV3 siap tayang drama lagi. Sempat lagi diorang. Haha. Pastu aku bukak la Awani. Ada la berita pasal gempa tu. Bagus betul Astro Awani ni, cepat dan pantas.
Hmm dipendekkan ceritanya, kira sampai malam lah family aku tak sedap duduk. Yang jiran aku tu semua pakat keluar dah dari kampung nih haha lagi laju dari kami. Kami kira kemas barang penting ja la, tapi takda la sampai keluar dari kampung kan. hikhik. Pastu time tengah malam pulak, hujan sangat lebat dengan guruh punya la kuat. Hah! Dah la aku tidur sorang-sorang dalam bilik. Macam-macam la aku fikir waktu tu. Haha.
Amaran tsunami pun ada dikeluarkan di Acheh dan lain-lain tempat. Pakat ramai la yang buat solat hajat, minta doa pada Allah. Hmm, waktu-waktu macam tu baru la semua orang nak ingat Tuhan. Baru la teringat nak menyesal sebab buat banyak salah pada Tuhan. Waktu lapang-lapang yang ada tak nak guna masa untuk mengingatiNya. Sedangkan Allah tu tak pernah pun lupa pada hambaNya. Kita ja yang selalu lupa pada Dia. Padahal kita tahu bahawa Dialah yang menciptakan kita.
Bukan aku nak kata tak boleh buat solat hajat waktu tu, baguslah kan minta pertolongan dari Allah. Tapi cuba kita fikir balik, kalau waktu tu Allah tak perintahkan bumi untuk buat gegaran tersebut, berapa ramai sangat yang akan ingat Allah? Berapa ramai sangat yang akan minta doa sungguh-sungguh waktu tu? Cuba kalau waktu tu adalah hari kiamat, sempatkah kita untuk bertaubat kepaNya? Tapi Allah itu Maha Pengasih, Allah beri peluang kepada kita untuk berfikir dan bermuhasabah diri. Allah sebenarnya rindu mendengar rintihan hambaNya, dalam masa yang sama, Allah beri peringatan untuk kita. Boleh saja kalau Allah taknak buat gempa bumi tu, Allah terus saja nak perintah air laut supaya buat tsunami sehingga menelan beribu-ribu nyawa manusia. Tapi tak, Allah tak buat pun macam tu. Sebab apa? Sebab Allah nak beri peringatan buat kita hamba yang sering leka dengan dunia. Padahal manusia itu sendiri tahu bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Kehidupan yang kekal adalah akhirat. Tapi manusia terus saja mengejar dunia. Mengejar wang. Mengejar pangkat. Mengejar nama. Astaghfirullahal'azim....
Okay now, Alhamdulillah sebab tak berlaku kejadian tsunami. Hanyalah gempa bumi. Hah, sekarang ni pulak, berapa ramai yang ambil wudhu' then buat sujud syukur? Hmm, manusia... selalu saja lupa... selalu saja tidak bersyukur. Mari, muhasabah diri kita. Ingat, Allah ingatkan kita sebab kita selalu lupa padaNya dan Allah ingatkan kita sebab Allah sayang kita :')

*gambar hiasan* |

Baby pun bersujud, tak malukah kita? |
Okay now, Alhamdulillah sebab tak berlaku kejadian tsunami. Hanyalah gempa bumi. Hah, sekarang ni pulak, berapa ramai yang ambil wudhu' then buat sujud syukur? Hmm, manusia... selalu saja lupa... selalu saja tidak bersyukur. Mari, muhasabah diri kita. Ingat, Allah ingatkan kita sebab kita selalu lupa padaNya dan Allah ingatkan kita sebab Allah sayang kita :')
Tuesday, April 10, 2012
Bukan di Masjid saja kena Tutup Aurat
Bulan lepas, Mak Abah bawa kakak aku ke kolejnya untuk ambil keputusan. Aku pun, macam biasalah, suka ja nak ikut walaupun takda kena mengena dengan aku. Hehe. Kolej kak aku dalam kawasan Masjid Negeri Pulau Pinang.
Waktu tu tengah tunggu kak aku selesaikan urusan dia, kami duduk la dalam kereta. Aku main dengan Husna 'Ulya, anak saudara aku. Tiba-tiba azan Asar bunyi. Sebuah kereta parkir di sebelah kereta kami, err I mean, kereta Mak aku la kan. Hehe. Aku tak perasan pun sebab tengah ralit main dengan Husna.
Mak cakap, " Laa.. Tengok tu. Dia mai masjid sampai bawak tudung spare. Ish ish.. "
Macam tu la lebih kurang Mak aku cakap.
Aku pun tengok la kat dia. Hmm hmmm.. Dia memang tak pakai tudung pun. Tapi dah masuk kawasan masjid, kena la jugak pakai tudung.
Okay, kat sini aku nak cakap la sikit kan. Memang la kalau pergi masjid kena tutup aurat. Tapi sebenarnya bukan semata-mata kita datang masjid baru nak pakai tudung. Islam tak suruh pun macam tu. Islam suruh wanita menutup aurat, pakai tudung bila pergi ke tempat yang ada bukan mahram. Even kepada non-muslim pun kita kena tutup aurat walaupun dia tu perempuan jugak. Bukan Islam kata bila ke masjid ja kena pakai tudung. Haih. Silap tu. Hmm.. Tapi kira bagus la jugak sikit kan dia hormat kawasan masjid. Tapi dik oii.. sepatutnya pakai setiap masa bila keluar rumah. Bukan di masjid saja. Kalau dalam rumah pun, kalau ada orang bukan mahram kita, kena pakai jugak. Err,, adik ka? Taktau lah. Aku tak tengok sangat muka dia.
Haih apa la nak jadi. Moga-moga dia dapat hidayah dari Allah untuk dia menutup aurat dengan sempurna. Aku pun akui la, aku ni bukannya bagus sangat. Okaylah, semoga KITA semua diberi petunjuk dan hidayah daripada Allah. Tapi ingat jugak, hidayah Allah itu juga perlu dicari :)
Err, hat ni aku taktau nak kata apa. (sini)Lu fikir la sendiri ! Tepuk dada tanya iman.
To put it laconically, bukan di masjid saja kena tutup aurat !

Err, hat ni aku taktau nak kata apa. (sini)
To put it laconically, bukan di masjid saja kena tutup aurat !
Wednesday, March 21, 2012
terasa benar Allah itu dekat. :')
Tatkala berdoa, hati ini sentiasa teringat satu ayat al-Quran yang pernah dibaca ;
" Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran. " (2:186)Ayat ini cukup membuatkan diri ini terasa disayangi. Disayangi oleh Sang Pencinta yang sentiasa rindukan rintihan hamba-hambaNya. Tiba-tiba aku merasa berdosa. Selama ini Allah itu begitu dekat denganku. Tapi kenapa aku seolah-olah telah semakin menjauh dariNya. Ampunkan diri yang kerdil ini ya Allah. Hanya padaMu aku menagih cinta. Jangan Engkau berpaling dariku. Jadikanlah aku di kalangan hamba-hamba yang sentiasa bersamaMu.
Mata ini terasa basah tatkala melihat ibu tersenyum melihat keputusanku. Terasa usahaku selama ini tidak hanya sia-sia. Ternyata doaku didengar oleh Allah. Memang benarlah firman Allah, "Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu".
Terasa benar Allah itu dekat. Terima kasih Allah. :')
Subscribe to:
Posts (Atom)
all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.