----

Saturday, October 9, 2010

badan sempurna. cuma akal tak sempurna. takdir Allah kepada mereka.

ahah! waktu balik rumah semalam,, aku jalan dengan trah. tetba ada sorang 'budak' lelaki naik basikal. aku tak tau describe lelaki tu sama ada 'budak' atau 'orang tua'. tapi kalau orang tua pun,, rasanya tak tua sangat kot. dia naik basikal depan kami. so, aku tengok la dia. pastu trah cakap,, "tu la Pak Abu. tapi aku tak tau sama ada yang tu Pak Abu atau abang dia. sebab muka semua lebih kurang ja." aku pelik gak r.. awat trah panggil Pak Abu. trah cakap dia tak berapa betul sangat. oh. patut la.


*gambar hiasan. tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.*


dia dok ulang alik dekat2 kami dengan basikal dia tuh. takut gak aku. trah pn macam takut2 jugak,, tapi dia cool jak. dah biasa dah agaknya. hmm.. patut la time mak trah suruh trah tunggu dekat kerusi surau tu trah cakap tak mau, takut Pak Abu mai. aku pelik jugak ah. Pak Abu mana pulak depa nih. tapi aku tak tanya apa2 la. heh. trah cakap, depa adik beradik semua jadi macam tu - tak brapa betul sangat. aku tanya kenapa, trah cakap sebab dulu masa mak dia mengandungkan depa, ayah dia selalu pukul mak dia. terkejut aku dengar. tak tau pulak kesan dia terkena kat anak. kesian betul. anak yang tak salah tu yang jadi mangsa.

so,, 'conclusion'nya adalah:
seorang suami tu janganlah pukul2 isteri kalau kesalahan isteri tu tidak wajar untuk dipukul. especially masa si isteri tu mengandung. kalau si suami tu tak kesian dekat si isteri tu sekalipun, kesiankanlah si anak yang tak berdosa dalam perut tu.

err,, moga dijauhkan pekara ini berlaku. amin. :)

KRU : Hikayat Merong Mahawangsa Trailer 2

Hikayat Merong Mahawangsa. nama yang hebat apabila didengar. bukan nama sahaja yang hebat, malah filemnya sendiri memang hebat. TAHNIAH pada KRU yang berjaya menghasilkan filem sehebat ini. selanjutnya boleh dilihat di sini.












Friday, October 8, 2010

sabarlah duhai sahabat.

aish.. tengah buat mathmod elok2 tiba2 ada tarikan magnet dari laptop. menyampah betul i. haha. ingatkan nak dengar lagu ja,, tup2,, TERbukak fb pulak.. melarat pulak ke blog. aish.. exam dua minggu saja lagi. tak sedar2 diri lagi. hmm.. kalau tahun depan perangau macam ni lagi,, tatau lah nak cakap pa lg. na'uzubillah. haha.





hmm.. tetiba teringat apa yang dah jadi baru2 ni kat skola. lebih kurang tiga minggu macam tu la benda ni berlaku. tapi sekarang alhamdulillah. dah settle. tp maybe ada lagi kot cebisan2 rasa sakit hati tu. tapi bukan aku lah. kawan2 aku lah KOT. tapi bukan semua la. just melibatkan,, 6 orang. termasuk aku. tak pasal2 la nama aku naik sekali. lawak betul la. tah pa pa jak ampa suma nih. tolong la fikir waras sikit. bukan aku nak bukak pekung di dada kawan2 aku. aku takkan sebut nama lah. cumanya,, yang aku nak cakap kat sini,, kalau dah kawan tu,, jaga la hati kawan elok2. memang betul kenyataan nih -
kita manusia biasa dan kita tidak mampu memuaskan hati semua orang

semua orang tahu yang semua orang tak sempurna. so,, kalaupun seseorang tu buat salah,, perlukah kita untuk bercerita ke sana ke mari. dah empat tahun berkawan,, tak pernah lagi la jadi kes macam ni. please la. open your mind la. kita dah tua. *opss,, tak la tua sangat, cuma bukan budak2 ja. hehe. ha. sambung balik: dah tua tu jangan buat perkara yang budak2 suka buat. yang jadi mangsa tu orang lain. dan orang lain tu adalah kawan sediri. please la wei. hilang abis kepercayaan orang lain dekat mangsa tu. tak baik buat orang macam ni wei. memang la aku tak salahkan ampa. tapi pikir la sama perasaan orang. kesannya kalau ampa buat suma ni. kalau ampa geram kat dia pun, jangan la smapai libatkan masalah lain. yang pihak ketiga ni pun satu,, senang2 hati ja nak percaya cakap orang len. sedangkan ampa memang dah percaya dekat si mangsa tu. memang bagus percayakan orang lain. tapi jangan la benda yang tak patut ampa percaya, ampa p percaya bulat2. sampai menangis si mangsa tu. berapa malam nak jumpa untuk settlekan benda nih,, tapi tak settle2 jugak. macam budak2 la. memang aku kesian sangat2 kat kawan au nih. tak pasal2 kena jerkah dengan budak tuh. teruk betoi la. tolongla jangan 'childish'kan pemikiran ampa tuh. sudah. fullstop.


sahabat,
jika fitnah dan tomahan engkau terima
sehingaa terasa dirimu hina
kerana tiada siapa yang sudi membela,
ingatlah,
masih ada yang menyayangimu,
iaitu insan yang bergelar sahabat.



maybe ada iktibar dari semua yang jadi ni. yang dah berlalu tu biarlah hilang ditiup angin. kita kutip hikmah dari perkara ni. mungkin ini boleh membuatkan kita lebih sayang akan sahabat kita. jangan la ada yang lari membawa hati yang duka lara pula. chill ok? ^^





hah sudah.

to put it laconically,
1) dugaan Allah datang menimpa tak kira siapa pun. Allah akan beri dugaan buat hamba yang Dia kasihi. so, bersyukurlah jika anda diberi dugaan. kerana Allah ingin hambaNya mengingatiNya. sungguh indah mengingati Allah. hati akan menjadi tenang. insyaAllah. :)

2) sahabat. persahabatan begitu penting. ibarat pentingnya sinaran matahari kepada bumi. jika ia tidak memberi cahaya, kita akan terus berada dalam kegelapan. hargailah sahabat sebaik-baiknya.

3) hidup dalam era globalisasi ini, tidak sama seperti kehidupan zaman Jepun menjajah Tanah Melayu. manusia yang hidup dalam alaf 21 ini MESTILAH BERFIKIRAN TERBUKA. soal selidik dahulu sebelum menuduh. cari bukti dahulu sebelum menegur. open your eyes!


mohon maaf kepada sesiapa yang terlibat. hanya ingin meluah rasa. semoga pesahabatan kita kekal selamanya. amin :)

Friday, October 1, 2010

life MUST go on.

there are things
that we don't want happen
but have to accept,
things we don't want to know
but have to learn,
and people we can't live without
but have to let go.
all zamira's. © Copyright 2011 zamirra.blogspot.com All Rights Reserved.