Memang betullah, minat adalah satu benda yang penting dalam melakukan sesuatu perkara.
Boleh dikatakan setiap hari dia akan berjalan di depan studio pelajar architecture. Setiap kali kaki melangkah, mata hanya mampu ditundukkan ke bumi. Rasanya tak sanggup nak melihat apa yang ada di dalam studio berhawa dingin itu. Sekilas, kelihatan arkitek-arkitek tekun memegang alat tulis, melukis ntah apa di atas papan yang besar. Namun apakan daya, dia sudah 'ter'masuk dalam bidang lain yang tak pernah terdetik sekali pun mahu belajar dalam bidang itu.
***
"Ada anak kawan, habis saja belajar terus dapat kerja."
Telinganya menangkap perbualan abi dan umi.
"Sekarang ni banyak doktor yang diperlukan. Memang senang la nak dapat kerja."
"Kerja memang la sedang dapat, nak belajar tu yang susahnya."
"Belajar susah. Sebab tu la gaji dapat banyak."
"Takpa lah. Tunggu Husna."
Tiba-tiba anak matanya terasa berair. Rasa seperti dirinya tidak dapat menunaikan hajat ibu dan ayah. Maaf.. Saya tak mampu..
***
Wajahnya didongakkan ke langit. Tadinya, ibu dan ayah menghantarnya di stesen bas. Sambil wajah tersenyum manis, terselit sejuta makna.
Anak matanya berair lagi.